Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar semua peringkat kembali ke sekolah kecuali pelajar menengah tiga East Spring ekoran seorang dijangkiti Covid-19

Jun 29, 2020 | 09:48 PM



PELAJAR daripada semua peringkat kembali ke sekolah pada Isnin (29 Jun) kecuali pelajar menengah tiga dari Sekolah Menengah East Spring, yang akan kembali pada Selasa.



Ini kerana seorang pelajar menengah tiga dari sekolah itu disahkan positif Covid-19, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung dalam satu catatan Facebook.


Beliau menambah, Kementerian Pendidikan (MOE) mengetahui tentang jangkitan itu lewat malam Sabtu.


"Sekolah itu segera menjalani pembersihan menyeluruh. Rakan sedarjah dan guru yang berhubungan rapat dengan pelajar tersebut diberikan cuti ketidakkehadiran (LOA) dan dihantar menjalani ujian bagi memastikan tidak ada kelompok penyebaran berpangkal di sekolah.


"Memandangkan ujian memerlukan masa, kami memutuskan untuk menangguhkan peringkat menengah tiga dari sekolah hari ini.


"Oleh kerana sekolah mempunyai langkah pengurusan selamat untuk memisahkan setiap peringkat daripada percampuran, tidak perlu menutup seluruh sekolah," kata Encik Ong.


Beliau berkata kesemua 39 pelajar dan 11 kakitangan yang telah berhubung rapat dengan pelajar tersebut disahkan tidak dijangkiti virus itu.


"Saya gembira kita dapat menangani keadaan dengan tenang dan sistematik, dengan pemahaman dan sokongan ibu bapa serta pelajar. Ini akan menjadi norma baru," tambahnya.


Encik Ong telah mengunjungi Sekolah Menengah Ngee Ann pagi Isnin untuk melihat bagaimana sekolah itu beroperasi dengan kesemua pelajarnya telah kembali ke sekolah.


Beliau berkata pelajar dan guru sudah tahu langkah pengurusan selamat dan pelajar menengah atas dan rendah mengikuti laluan yang ditetapkan untuk ke bilik darjah mereka apabila memasuki sekolah bagi mengelakkan keadaan sesak.


"Guru terus menanya pelajar jika mereka atau ahli keluarga mereka tidak sihat. Pemeriksaan soalan kekal menjadi langkah yang sangat penting dalam membantu kita segera mengenal pasti kes-kes yang berpotensi dan mencegah kelompok di sekolah.


"Dengan semua pelajar sudah kembali kini, adalah lebih penting  untuk kita semua mengamalkan tanggungjawab sosial demi terus menjadikan sekolah kita tempat yang selamat," kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >