Pelajar Singapura di Amerika akui curi-curi rakam video wanita mandi, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pelajar Singapura di Amerika akui curi-curi rakam video wanita mandi

May 03, 2016 | 01:05 PM

SEORANG warga Singapura yang dibuang dari sebuah kolej Amerika Syarikat selepas ditangkap merakam secara rahsia video wanita di bilik mandi, mengaku bersalah di mahkamah Jumaat lalu (29 April 29), lapor media Amerika.

Alexander Lim, 25 tahun, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan rakaman video tidak dibenarkan, menurut Chicago Tribune.

Lim, bekas pelajar Wheaton College di Chicago, menghadapi hukuman penjara hingga lima tahun, yang akan dijatuhkan pada 30 Jun.

Dengan memasang "jam tangan kamera spyview" di dalam bilik mandi sebuah pangsapuri milik kolej itu, Lim ditangkap merakam tiga pelajar perempuan menanggalkan pakaian dan mandi.

Semua wanita itu kawannya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Salah seorang pelajar itu melaporkannya pada Februari tahun lalu selepas menyedari jam tangan tersebut, yang dilengkapi lensa video, dihadapkan pada beliau.

Selepas ditangkap pada 23 Feb tahun lalu, Lim mengaku dan berkata dia merakamkan tiga wanita itu sejak Oktober 2014. Dia memuat naik beberapa video dalam talian.

Lim kemudian dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 ($100,500) tetapi pasportnya diserah kepada pihak berkuasa.

Dia telah menjalani program bagi mereka yang mempunyai tingkah laku keterlaluan dan menghadiri pertemuan awanama (anonymous) penagih seks.

Dokumen mahkamah menunjukkan Lim seorang warga Singapura yang telah tamat Perkhidmatan Negara (NS).

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map