Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar SMU diberkas atas tuduhan cabul kehormatan

Jan 11, 2019 | 03:05 PM



SEORANG siswazah Universiti Pengurusan Singapura (SMU) diberkas atas kesalahan mencabul kehormatan mangsanya di kampus ketika mereka berdua sedang belajar bersama.



Mangsa berusia 20 tahun itu memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beliau bukan penuntut universiti tersebut, namun telah ke sana untuk mengulangkaji pelajaran bersama lelaki yang telah dikenalinya menerusi Instagram.



Beliau telah memuat naik pos mengenai insiden tersebut di akaun Instagramnya di mana beliau turut mengatakan kejadian tersebut berlaku Selasa lalu.



Polis berkata mereka telah memberkas seorang lelaki berusia 22 tahun namun kini dibebaskan dengan ikat jamin.



Ketika dihubungi, pelajar SMU itu enggan mengulas sambil berkata ia masih lagi dalam siasatan polis.



Apabila dihubungi, seorang jurucakap SMU berkata kes itu dianggap sebagai satu insiden yang amat serius dan pihak universiti sedang menyiasat perkara tersebut.



Beliau berkata: “Kami telah memulakan siasatan kami sendiri sambil membantu polis dengan siasatan mereka. Semasa siasatan dijalankan, kami tidak dapat memberikan komen atau memberi sebarang maklumat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >