Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pelajar SMU didapati salah atas tuduhan cabul wanita di kampus

Sep 01, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pelajar Universiti Pengurusan Singapura (SMU) telah disabitkan dengan kesalahan mencabul seorang wanita di kampus pada 2019.



Semalam, Hakim Daerah Sharmila Sripathy mendapati Lee Yan Ru, sekarang berusia 25 tahun, bersalah atas satu tuduhan pencabulan.



Semasa membentangkan keputusannya, hakim itu berkata Lee tidak menafikan melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa, yang ketika itu berusia 21 tahun.



Tetapi, Lee mendakwa bahawa mangsa memang merelakan perbuatannya itu dan "malu-malu" dengannya.



Dalam satu prosiding sebelum ini, Lee telah memberi keterangan bahawa dia menganggap mangsa tidak benar-benar bermaksud untuk menyuruhnya berhenti melakukan kesalahan itu.



Semalam, Hakim Sharmila berkata bahawa wanita itu sedang tidur apabila Lee mula melakukan perbuatan seksual terhadapnya.



Oleh itu, mangsa tidak berada dalam keadaan untuk memberi persetujuan.



Hakim juga mendapati bahawa wanita itu bersikap jujur di mahkamah, dan menambah bahawa Lee "sedar sepenuhnya bahawa mangsa ingin dia berhenti".



Nama mangsa tidak boleh disiarkan untuk melindungi identitinya.



Mangsa pada waktu itu sedang belajar di universiti lain.



Semasa perbicaraan yang dimulai pada September tahun lalu, mahkamah mendengar bahawa mangsa mengenali Lee di platform media sosial Instagram sekitar Disember 2018.



Mereka mempunyai teman yang sama.



Pada 8 Januari 2019, wanita itu bertemu Lee di luar Sekolah Ekonomi dan Sains Sosial SMU pada sekitar 1 pagi untuk sesi belajar dan mereka masuk ke dalam sebuah kelas.



Wanita itu sebelum ini telah memberi keterangan bahawa dia telah dicabuli semasa mereka berada di dalam bilik itu.



Lee pula memberi keterangan bahawa dia tidak menyangka wanita itu benar-benar mahu dia "berhenti" dan dia menganggap tindakannya itu direlakan.



Ikat jamin Lee ditetapkan pada $20,000 semalam dan dia dijangka dijatuhkan hukuman pada 18 Oktober.k



Bagi kesalahan mencabul, seorang pesalah boleh dijel hingga dua tahun dan didenda atau dirotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >