Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar tahun pertama ITE lahir e-buku resipi MAEC

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



MINATNYA terhadap bidang lukisan mula berputik semasa di menengah tiga kerana beliau mendapati menerusi lukisan, beliau dapat melahirkan aspek kreatifnya.



Kini, Fitri Hailysya Mohd Haidil seorang pelajar tahun pertama di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Pusat memilih mendalami kursus Komunikasi Visual.



Baru-baru ini, pelajar berusia 17 tahun itu telah terpilih untuk projek reka grafik sebuah buku elektronik (e-buku) di bawah inisiatif Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) kawasan Ang Mo Kio, Kebun Baru dan Yio Chu Kang.



E-buku resipi itu mengandungi 21 resipi tradisional sumbangan penduduk Ang Mo Kio sebagai sambutan Hari Raya tahun ini.



E-buku itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong secara maya pada 11 Jun.



Dalam satu catatan Facebook, Encik Lee telah mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Fitri Hailysya dan dua lagi pelajar - Kaitlyn Ong dan Ang Xin Ling - serta pensyarah mereka di atas lukisan dan reka grafik e-buku itu.



Fitri Hailysya adalah antara tiga pelajar yang terpilih untuk projek itu dan beliau mengongsi bahawa pengalamannya mereka grafik e-buku itu agak mencabar.



"Memandangkan kami bertiga pelajar tahun satu, kami tidak memahami bagaimana caranya untuk menggunakan sofwe Adobe InDesign. Sofwe itu sepatutnya dipelajari pada tahun kedua.



"Namun, kami gigih dan bertekad untuk belajar dan akhirnya kami dapat menggunakan sofwe itu untuk melukis dan mereka grafik dengan selesa," ujar anak kedua tiga beradik itu.



Menurutnya, e-buku itu mempunyai 94 halaman dan mereka bertiga menyelesaikan projek itu dalam masa tiga minggu.



"Saya ditugaskan untuk mengerjakan sepertiga buku tersebut dan tema lukisan dan reka grafik kami ialah berwarna-warni ala gaya buku skrap di mana gambar dan catatan digabungkan dalam gaya yang teratur dan kreatif," katanya.



Pensyarah kanan komunikasi visual, Cik Terrez Tam, telah memilih tiga pelajar itu memandangkan mereka memaparkan minat untuk sering memperbaiki kerja mereka di kelas.



"Mereka sering bertanya kepada saya jika ada apa-apa lagi yang mereka boleh memperbaiki. Dengan itu, saya mengambil kesempatan untuk melibatkan mereka dalam projek ini.



"Pada masa yang sama, mereka juga dapat mempelajari dengan lebih awal sofwe yang sepatutnya dipelajari pada tahun kedua.



"Saya sangat berbangga dengan sikap positif mereka kerana hanya diajar menggunakan sofwe itu dalam masa tiga hari, selepas itu mereka cuba sendiri di rumah oleh kerana pembelajaran (dilakukan) dari rumah (HBL).



"Jika ada sebarang pertanyaan, mereka boleh merujuk pada saya," kata beliau.



Fitri Hailysya, menambah: "Saya sangat berterima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam projek ini.



"Saya juga bangga dengan kerja kami bertiga kerana tidak sangka dalam tiga minggu, kami telah berjaya mengharungi cabaran menggunakan sofwe baru untuk lukis dan reka grafik e-buku ini."



Resipi di dalam e-buku itu ujar Fitri Hailysya mudah bagi mereka yang mahu belajar memasak.



"Saya telah mencuba resipi ayam masak merah dari e-buku itu untuk Hari Raya dan ibu saya memuji masakan saya.



"Resipi yang terdapat di buku itu senang dan mudah untuk diikuti oleh semua peringkat usia," ujar Fitri Hailysya yang bercadang mahu mencuba resipi mi soto ayam pula.



Untuk orang awam, buku resipi itu boleh dimuat turun di laman go.gov.sg/amkcookbook secara percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >