Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VAKSINASI COVID-19 BAGI PELAJAR

Pelajar takut jarum dapati 'gigitan nyamuk lagi sakit' daripada suntikan Covid-19

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



KETIKA mendengar kes Covid-19 meningkat dalam kalangan pelajar dan di sekolah, pelajar Sekolah Menengah Ngee Ann, Salwa Taib Ali, berasa gelisah.



Bagaimanapun, berkat usaha sekolahnya kerap memberi keyakinan kepada pelajar sepertinya, selain mengingatkan mereka supaya mengamalkan langkah keselamatan, Salwa berasa lebih tenang.



Dan dengan program vaksinasi telah mula dijalankan bagi pelajar, Salwa kini berasa lega dan lebih bersemangat membuat persiapan bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' yang akan didudukinya akhir tahun ini.



Semalam, pelajar menengah empat berusia 16 tahun itu antara mereka yang menerima vaksin Covid-19.



Menggambarkan pengalamannya menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias, Salwa berkata: "Tak sakit. Saya rasa gigitan nyamuk lagi sakit."



Salwa berkata dia tidak mempunyai begitu banyak keprihatinan mengenai keselamatan vaksin itu memandangkan hampir semua anggota keluarganya, termasuk neneknya yang berusia 83 tahun, sudah diberi vaksin dan tidak mengalami kesan sampingan serius.



Dia "cuma bimbang tentang saiz jarum suntikan".



Walaupun berasa gelisah pada mulanya sebelum disuntik, pengalaman itu bertukar menjadi suatu yang positif dan lancar baginya.



"Saya rasa semua orang di pusat itu dilatih dengan baik. Apabila saya beritahu mereka bahawa saya takut, mereka menenangkan saya.



"Orang yang menyuntik saya bergurau dengan saya dan membuat saya ketawa hingga saya tidak sedar saya sudah disuntik," ujar anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu.



Dengan dirinya sudah divaksin, Salwa berkata ini akan banyak membantu memudahkan persiapannya bagi peperiksaan itu.



Umpamanya, jika ingin ke sekolah bagi mendapatkan bantuan guru tentang pelajarannya atau ke perpustakaan untuk meminjam buku, dia tidak lagi perlu berasa "berat hati atau ragu-ragu".



Ini kerana risiko dia dijangkiti Covid-19 kini berkurangan, kata Salwa, sambil menambah bahawa ramai kawannya sama ada sudah mendaftar atau sudah mengambil vaksin itu.



Berkongsi bahawa dia rindu belajar secara fizikal di dalam kelas dan berjumpa rakan-rakannya, Salwa melahirkan harapan pengambilan vaksin Covid-19 dapat membolehkan kelas fizikal disambung dan latihan jasmani serta kegiatan sukan dijalankan dengan mudah.



Bersyukur dapat memainkan peranan dalam usaha membendung Covid-19, Salwa berkata: "Saya ingin memberitahu pelajar yang masih mempunyai keprihatinan tentang vaksin Covid-19 supaya bertenang kerana ia adalah untuk kebaikan kita.



"Pihak berkuasa juga menangani keadaan ini dengan baik sekali, jadi kita tidak perlu berasa begitu takut. Saya rasa sayalah orang yang paling takut jarum, tetapi prosesnya amat senang dan sebenarnya tidak seteruk yang saya sangka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >