Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Pelajar tanpa token TraceTogether akan terimanya dari sekolah menjelang hujung Mac: MOE

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelajar tanpa token TraceTogether akan terimanya dari sekolah menjelang hujung Mac: MOE

Mar 07, 2021 | 04:29 PM

PELAJAR yang masih belum mempunyai token TraceTogether boleh mengambilnya dari sekolah mereka menjelang hujung bulan ini, menurut kemas kini di laman Kementerian Pendidikan (MOE) minggu lalu.

Ini menunjukkan bahawa penggunaan wajib TraceTogether di sekolah mungkin bermula pada bila-bila masa mulai April, lapor The Straits Times.

Dalam kemas kininya, MOE berkata pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia yang belum mengambil token mereka dari pusat dan kelab masyarakat, akan diberi token itu menjelang hujung Mac tahun ini.

Pengagihan di sekolah itu akan dilakukan secara berperingkat.

"Untuk pelajar menerima Token itu dari sekolah, ibu bapa/penjaga mesti mengemukakan permintaan itu melalui borang permintaan Token yang diberikan oleh sekolah," katanya.

"Pelajar masih boleh mengambil Token mereka di mana-mana CC yang tersenarai di laman TokenGoWhere jika mereka terlepas tarikh akhir untuk memintanya melalui sekolah masing-masing."

Token itu telah diedarkan kepada orang ramai di CC sejak September lalu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3