PENDIDIKAN DIPLOMA MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH
Pelajar terbaik faraid suka kira-kira 'bahagi harta'
Feb 21, 2015 | 05:30 AM
WALAUPUN masih di bangku sekolah, Cik Surayya Shahri sudah dapat menerangkan serta membantu saudara-mara dan kenalannya mengira pembahagian harta pusaka mengikut faraid.
Ini tidak menghairankan kerana faraid antara mata pelajaran paling diminati pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah itu semasa mengikuti program Diploma Pengajian Islam madrasah tersebut tahun lalu.