Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar terbaik kursus jururawat di poly

May 13, 2017 | 05:30 AM



DALAM memilih pekerjaan yang sesuai, Encik Mohamed Farouq Mohamed (gambar) lebih menekankan tentang kerjaya yang membuka ruang bagi beliau membawa perbezaan dalam hidup orang lain.



Bidang kejururawatan menjadi sandaran meskipun ibu bapanya pernah menaruh harapan agar beliau menjadi jurutera dalam sektor petrokimia yang menjanjikan pendapatan lumayan.



Namun apabila permohonan baginya memasuki kursus kejururawatan di Politeknik Ngee Ann (NP) diterima tiga tahun lalu, Encik Mohamed Farouq bertekad memujuk ibu bapanya agar menerima pilihannya itu.



Janjinya, beliau bukan setakat menjadi jururawat pelatih biasa-biasa sahaja, malah yang mampu berjaya dalam bidang yang diceburi.



Menyertai bidang yang biasanya dikuasai kaum Hawa, Encik Mohamed Farouq membuktikan beliau memiliki kesungguhan melayan keperluan pesakit dengan penuh keihsanan.



Hasilnya, beliau bukan sahaja membawa pulang pingat emas sebagai pelajar terbaik kursusnya, malah merangkul Anugerah Lee Kuan Yew kerana menjadi pelajar terbaik NP tahun ini.



Laporan lanjut: Sentuh hati pesakit misi Pemenang Anugerah LKY




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >