Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar terlepas ambil peperiksaan nasional boleh mohon pertimbangan

Sep 27, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) berkata, seperti tahun lalu, calon yang terlepas menduduki peperiksaan nasional dengan sebab sah seperti Covid-19, boleh memohon pertimbangan khusus.



Mereka akan dianugerahkan gred dianggarkan yang mengambil kira pelbagai sumber data seperti prestasi calon dalam kertas lain bagi subjek itu serta prestasi kohort sekolah dalam peperiksaan nasional dan sekolah. Misalnya, jika pelajar terlepas menduduki semua komponen peperiksaan subjek, seperti kertas matematik PSLE, SEAB akan mengambil kira keputusan peperiksaan prelim sekolah pelajar bagi subjek itu untuk menetapkan kedudukannya dalam kalangan pelajar lain di kohort sekolah itu.



Kedudukan ini kemudian akan digunakan untuk mendapatkan markah yang dianggarkan daripada prestasi kohort sekolah dalam PSLE, berdasarkan markah yang dipadankan dengan kedudukannya. Markah ini kemudian akan digunakan untuk mendapatkan keputusan akhari.



Jika calon terlepas satu atau lebih kertas peperiksaan sesebuah subjek, SEAB akan melihat prestasi pelajar itu dalam kertas yang telah diambilnya untuk mendapatkan hasil yang dianggarkan bagi subjek itu dan juga mengambil pertimbangan prestasi pelajar dalam peperiksaan prelim sekolah.



Kenyataan itu juga menambah pelajar yang dikuarantin dibenarkan mengambil peperiksaan nasional tahun ini jika mereka mahukannya, bergantung pada kriteria ketat.



Mereka perlu diuji negatif bagi Covid-19 bagi ujian reaksi rantai polimerase (PCR) pada permulaan perintah kuarantin dan melakukan swab kendiri dengan kit ujian pantas antigen (ART) di rumah dan diuji negatif dalam masa 24 jam sebelum setiap kertas peperiksaan.



Perjalanan ke tempat peperiksaan perlu dilakukan dengan pengangkutan privet atau berjalan, dengan tiada henti antara tempat tinggal dengan tempat peperiksaan. Sekolah perlu diberitahu bahawa mereka akan mengambil kertas peperiksaan itu agar tempat peperiksaan boleh membuat persediaan.



Langkah lain termasuk, bilik yang digunakan bagi calon kuarantin diasingkan daripada kohort lain dan akan dibersihkan secara menyeluruh selepas peperiksaan. Selain itu, pelajar juga perlu duduk dengan jarak 3 meter dalam corak duduk peperiksaan (exam style seating) dan mempunyai pintu masuk dan keluar khusus dan tandas.



Mereka akan memulakan peperiksaan 30 minit selepas masa permulaan yang dijadualkan bagi kohort pelajar lain.



Langkah ini akan memastikan keselamatan calon dan guru pengawas, kata MOE. Peraturan ini adalah berbeza daripada sekatan tahun lalu, yang tidak membenarkan calon dalam kuarantin untuk duduk bagi peperiksaan. Perubahan itu bagi murid yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) serta peperiksaan peringkat N, O dan A.



Mereka yang positif bagi Covid-19 atau diarahkan notis duduk di rumah masih tidak dibenarkan duduk di peperiksaan tahun ini.



Seorang ibu yang anaknya akan menduduki peperiksaan PSLE tahun ini, Cik Noor Naserimah Nasiman, 41 tahun, seorang pakar terapi bebas, berkata beliau yakin dengan langkah yang diambil pemerintah.



"Saya yakin pemerintah dan pihak kementerian mahukan yang terbaik untuk semua, jadi saya yakin dengan apa jua langkah yang diambil," ujarnya yang mempunyai dua anak di peringkat sekolah Adam Nazraoul, 13 tahun dan Neil Aiman, 12 tahun.



Meski pembelajaran dari rumah (HBL) dijalankan beberapa hari sebelum PSLE, Cik Naserimah berkata beliau ini bukan sesuatu yang dirisaukannya.



"Kesejahteraan mental anak-anak saya amat penting sekali terutama sekali bagi ibu tunggal seperti saya. Saya tidak mahu menambah tekanan lagi kepada mereka. Sebaliknya saya memberikan mereka motivasi dan ini yang memberi mereka dorongan untuk mahu belajar sendiri," ujarnya.



Infografik: ATURAN BAGI CALON PEPERIKSAAN NASIONAL YANG TERJEJAS OLEH COVID-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >