Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar terlewat bagi peperiksaan dek gangguan MRT tidak akan dihukum

Oct 26, 2015 | 03:21 PM



Pelajar terlewat bagi peperiksaan nasional disebabkan gangguan kereta api tidak akan dihukum, ujar Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (Seab) pada Isnin (26 Oktober).


Kurang 20 calon peperiksaan melaporkan diri lewat pada pagi Isnin akibat gangguan kereta api dua jam di Laluan Timur Laut.


Perkhidmatan kereta api terhenti mulai kira-kira 5.20 pagi dan dipulihkan sepenuhnya pada 7.20 pagi. Kekerapan ketibaan kereta api dikurangkan sehingga 9.30 pagi.


Pelajar sedang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' dan 'A' di sekolah menengah dan maktab rendah di seluruh Singapura.


Kebanyakan calon yang terlewat tiba dalam masa 30 minit setelah peperiksaan bermula.


"Calon-calon itu telah diberi tempoh lengkap bagi kertas mereka," kata Seab dalam satu kenyataan.


Menurut Seab, ia mempunyai pelan bagi menangani kejadian yang mungkin mengganggu pengendalian peperiksaan.


Calon dimaklumkan sebelum peperiksaan sekiranya mereka tidak boleh tiba di sekolah tepat pada masa disebabkan gangguan kereta api, mereka boleh mengambil peperiksaan di sekolah lain berdekatan stesen MRT, ujar Seab.


Senarai sekolah dipapar di stesen MRT dan terdapat di laman web Seab.


Pengendali pengangkutan awam juga telah ditemui supaya membantu calon terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >