Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar teroka pekarangan Istana bersama Presiden Halimah

Nov 19, 2019 | 10:25 AM



WALAUPUN cuaca tidak begitu baik, ia tidak menghambat keghairahan para pelajar dari Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim dan Sekolah Menengah Beatty untuk meneroka pekarangan Istana bersama Presiden Halimah Yacob.



Dalam catatan Facebooknya, beliau gembira dapat berjumpa dengan murid-murid dari kedua-dua sekolah menengah itu pada Isnin lalu (18 November). 



Mereka menyertai kegiatan menarik yang dikendalikan oleh belia Youth Corp Singapura yang menolong menganjurkan aktiviti di Istana.



“Saya teruja melihat relawan Youth Corp Singapura bekerja keras, dan mereka mempunyai peranan penting dalam membentuk Singapura sebagai tempat yang lebih baik untuk semua orang,” kata Puan Halimah.



“Pelajar yang kurang penglihatan dan pendengaran daripada Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim dan Sekolah Menengah Beatty memberitahu saya mereka ingin melawat Istana dan melihat taman Istana.



“Dan saya rasa itu cadangan yang baik kerana taman Istana mempunyai banyak buah, bunga dan tanaman. Ini sesuai untuk mereka, terutama mereka yang kurang penglihatan kerana mereka boleh menghidu bau-bauan bunga… untuk mereka yang kurang pendengaran, inilah masa untuk meneroka taman ini,” tambahnya lagi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >