Pelajar wanita dari Singapura maut terjatuh dari tebing di Australia, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pelajar wanita dari Singapura maut terjatuh dari tebing di Australia

May 11, 2016 | 12:28 PM

SEORANG pelajar pendidikan, yang berasal dari Singapura, meninggal dunia pada Selasa (10 Mei) selepas terjatuh 30 meter dari sebuah tebing di Blue Mountains di Australia.

Cik Cheng Shi Min, 21 tahun, tergelincir ketika cuba melihat dari tepi sebuah air terjun, menurut teman lelakinya, Encik Henry Yendle, kepada media Australia.

Pasangan itu sedang mendaki bersama bapa Cik Cheng apabila kemalangan tersebut berlaku pada kira-kira 1.30 petang.

"Mula-mula saya hanya dengar satu jeritan dan kemudian dentuman kuat," kata Encik Yendle.

Beliau dan bapa Cik Cheng bergegas ke kaki air terjun di mana mereka mendapati Cik Cheng tersembam dalam kawasan tempat berenang popular di Empress Falls.

Discover Malay Home Based Businesses

Encik Yendle terjun ke dalam air sejuk itu dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menarik Cik Cheng keluar.

Apabila kru penyelamat tiba, mereka menstabilkan keadaan Cik Cheng dan meletakkan beliau dalam keadaan koma. Paramedik menghabiskan beberapa jam merawat kecederaan kepala dan dada parah beliau, lapor akhbar The Sydney Morning Herald.

Seorang inspektor penyelamat tempatan berkata cuaca buruk menghambat usaha menyelamat, dengan angin kencang menghalang helikopter mendarat berhampiran Cik Cheng.

Polis, paramedik dan pasukan penyelamat terpaksa membawa beliau di pengusung selama dua jam ke puncak gunung dengan berjalan kaki, katanya.

Pada kira-kira 8 malam, Cik Cheng tiba di Hospital Westmead, tetapi meninggal dunia esoknya.

Menurut laman Facebook Cik Cheng, beliau mendaki ke air terjun tersebut Januari lalu sendirian, dan memuji keindahan alam semula jadi tempat itu.

Beliau berhenti Maktab Rendah Jurong untuk mengikuti kursus asas di Universiti New South Wales dan kini menuntut di Universiti Macquarie.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map