Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelakon Aloysius Pang cedera parah dalam latihan SAF di New Zealand

Jan 20, 2019 | 03:00 PM



Pelakon setempat Aloysius Pang cedera parah semasa menjalani latihan ketenteraan di New Zealand pada Sabtu (19 Jan).



Koperal Kelas Pertama (NS) Pang Wei Chong, 28 tahun, cedera semasa memperbaiki kenderaan Howitzer sekitar 2.05 petang, waktu Singapura, kata Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya pada Ahad.



“Satu siasatan sedang berlangsung bagi menentukan sebab insiden,” kata Mindef.



Agensi yang mewakili Pang, NoonTalk Media mengesahkan bahawa Pang terlibat dalam kemalangan semasa menjalani latihan kerahan di New Zealand.



CFC (NS) Pang, yang berkhidmat sebagai juruteknik dengan Batalian Meria Singapura ke-268, sedang menjalani Latihan Thunder Warrior di kawasan latihan Waiouru di New Zealand, kata Mindef.



Menurut Mindef, ia dan SAF sedang memberi bantuan kepada keluarga CFC (NS) Pang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >