Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelakon Aloysius Pang meninggal dunia selepas cedera teruk dalam kemalangan SAF di New Zealand, jawatankuasa siasatan dedah hasil siasatan awal pada Khamis (24 Jan)

Jan 24, 2019 | 06:51 AM



PELAKON setempat Aloysius Pang meninggal dunia lewat Rabu (23 Januari), lima hari selepas cedera parah semasa melakukan kerja pembaikan dalam kenderaan meriam berperisai di New Zealand, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).



Dalam kenyataannya pada malam yang sama, Mindef berkata Koperal Kelas Pertama (NS) Pang, 28 tahun, meninggal dunia sekitar 8.45 malam. Mindef juga memberi penerangan tentang bagaimana anggota Perkhidmatan Negara kerahan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu mengalami kecederaannya.



Kata Mindef, CFC (NS) Pang, seorang juruteknik yang berkhidmat dengan Batalion Meriam Singapura ke-268, sedang menjalankan kerja pembaikan dalam kenderaan Howitzer Pandu Sendiri Singapura bersama dua lagi kakitangan SAF pada 19 Januari, di Kawasan Latihan Waiouru, New Zealand.



“Malangnya, CFC (NS) Pang mengalami kecederaan apabila muncung meriam itu direndahkan,” kata Mindef.



Menurut Mindef,  Jawantkuasa Siasatan (COI) bebas akan dihimpun bagi menyiasat insiden itu.



Satu sidang akhbar, yang akan dipengerusikan Panglima Angkatan Pertahanan, akan diadakan pada Khamis (24 Januari), bagi menyampaikan hasil siasatan awal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >