Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelakon, model disaman $5,000 guna kata kesat ke atas polis, pegawai SMRT

Dec 05, 2019 | 05:30 AM



PELAKON dan model, Melissa Faith Yeo Lay Hong, disaman $5,000 semalam atas kesalahan menggunakan kata-kata kesat ke atas pembantu pengurus stesen SMRT, pegawai polis dan operator talian polis pada dua hari berbeza.



Yeo, 33 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menggunakan kata-kata kesat ke atas kakitangan perkhidmatan awam itu.



Dua lagi tuduhan diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.



Bagi setiap tuduhan di bawah Akta Perlindungan dari Gangguan, dia boleh disaman sehingga $5,000, dipenjara sehingga setahun atau kededuanya sekali.



Populariti Yeo mula meningkat selepas dipaparkan dalam majalah FHM dalam senarai 100 Wanita Paling Seksi pada 2008 dan 2009.



Dia merupakan model rancangan Deal Or No Deal, selain dipaparkan dalam drama Mediacorp seperti Mata Mata dan Point of Entry.



Mahkamah diberitahu pada petang 21 November tahun lalu, Yeo mendekati penolong pengurus di stesen MRT Bishan, Encik Victor Chuang, untuk bertanya tentang transaksi kad EZ-Link-nya.



Encik Chuang, 63 tahun, memberikannya dua transaksi terakhir EZ-Link-nya.



Dia meminta maklumat lanjut, lalu Encik Chuang mengarahkannya menggunakan mesin tiket yang mempunyai fungsi memaparkan rekod perjalanan seseorang.



Hanya satu mesin berfungsi.



Yeo kemudian memarahi Encik Chuang, dan menuduhnya memberikannya maklumat salah dan membuatnya berjalan jauh.



Enam bulan kemudian, Yeo sekali lagi menggunakan kata-kata kesat ke atas pegawai polis di Divisyen Polis Ang Mo Kio.



Sejam kemudian, dia menggunakan talian polis untuk mendapatkan maklumat tentang kes melibatkannya dan turut memarahi dan menggunakan kata-kata kesat ke atas pegawai tersebut.



Tidak jelas sama ada kes tersebut sama dengan kes SMRT sebelum itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >