Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelakon Rui En didenda $700 kerana pandu tidak hati-hati

Jul 01, 2016 | 11:41 AM



PELAKON Rui En didenda $700 pada Jumaat (1 Julai) kerana memandu tanpa berhati-hati dan memberi perhatian.



Rui En, 35 tahun dan yang nama sebenarnya Lu Rui En, mengaku bersalah gagal mengawal dengan betul kereta BMWnya, yang terbabas menaiki bebendul jalan dan melanggar sebuah motosikal yang diletak di tempat letak kenderaan dekat Blok 331, Clementi Avenue 2 pada 12 April.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Shahla Iqbal berkata Rui En sedang memandu pulang ke rumah pada 4.16 hari itu apabila dia gagal mengawal keretanya selepas membelok ke kanan ke tempat letak kereta.



Kereta itu bertembung motosikal Encik Bahrom Sarmiten, 51 tahun.



Tiada siapa cedera. Motosikal dan kereta itu rosak sedikit akibat kemalangan tersebut.



Rui En tiada apa untuk dicakap bagi mitigasi.



Pihak pendakwaan meminta denda $600 hingga $800 dan larangan memandu tiga hingga empat bulan.



Namun Hakim Mahkamah Daerah Carol Ling tidak cenderung mengenakan tempoh larangan memandu.



Beliau berkata dalam kes itu tidak ada kecederaan peribadi berlaku dan kerosakan pada harta hanya kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >