Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelakon Terence Cao didenda $3,500 kerana jadi 'tuan rumah', himpun 12 orang di kondo sewaktu pandemik

May 25, 2021 | 10:23 PM



PELAKON veteran Singapura, Terence Cao Guohui, mengaku menjadi tuan rumah kepada 12 tetamu lantas melanggar peraturan Covid-19 pada Oktober tahun lalu.



Dia didenda  $3,500 pada Selasa (25 Mei), lapor akhbar The Straits Times.



Cao, 53 tahun, mengaku bersalah di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) selepas menjadi tuan rumah pada keramaian di apartmen kondominiumnya di Daisy Road berhampiran Braddell Road.



Dia telah melanggar peraturan Fasa 2 yang menghalang perhimpunan sosial tidak melebihi lima orang dilakukan.



Cao adalah orang terakhir dalam kes ini yang didakwa di mahkamah.



Salah seorang tetamunya, bekas editor majalah, Lance Lim Chee Keong, 50 tahun, yang telah mengundang empat orang ke perhimpunan itu didenda $3,000 minggu lalu di atas kesalahan di bawah akta yang sama.



Pihak mahkamah mendengar bahawa Cao awalnya menganjurkan perhimpunan itu di rumahnya buat dirinya dan lima lagi orang pada Oktober lalu.



Keramaian itu adalah bagi meraikan hari lahir Cao dan dua artis lain, Shane Pow, 30 tahun, dan Jeffrey Xu, 32 tahun.



Lim kemudian mengundang lagi empat orang dengan jumlah keseluruhan tetamu menjadi 12 sepanjang keramaian disambut.



Acara ini menjadi perbincangan ramai di media sosial selepas gambar kumpulan tidak berpelitup menjadi tular.



Seramai 12 tetamu itu berada di unit tersebut antara 9 malam pada 2 Oktober tahun lalu kepada 1 pagi keesokan harinya.



Dalam kalangan mereka adalah tujuh artis - Julie Tan, 29 tahun; Sonia Nicola Chew, 30 tahun; Dawn Yeoh, 34 tahun; Jeremy Chan, 39 tahun; Heng Tee Kok, 45 tahun; Pow dan Xu.



Lima yang lain adalah pengurus artis, Tan Jun Chuan, 30 tahun; Debbie Lu, 33 tahun dan Eleanor Wang, 34 tahun serta model sambilan Valnice Yek, 22 tahun dan Lim.



Seramai 11 orang dalam perhimpunan ini telah terlebih dahulu didenda $300 sebagai gantian didakwa di mahkamah kerana mereka tidak dianggap sebagai pesalah utama.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >