Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Pelan cuti warga SG 'jalan terus'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelan cuti warga SG 'jalan terus'

Dec 08, 2021 | 05:30 AM

RANCANGAN percutian pada hujung tahun ini bagi ramai warga Singapura tetap 'jalan terus' meskipun terdapat ketidakpastian di tengah-tengah situasi varian koronavirus baru Omicron, dengan beberapa syarikat penerbangan berkata kesan penuhnya terhadap industri penerbangan belum lagi dapat dilihat.

Kes varian baru Omicron itu, yang mula dikesan di Afrika Selatan, telah merebak ke sekurang-kurangnya 50 negara dan wilayah seluruh dunia, dan telah disifatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai "varian membimbangkan" yang mengakibatkan banyak negara bergegas menyekat kemasukan dari selatan Afrika.

Singapura, antaranya, telah menangguhkan pelancaran Laluan Perjalanan Individu Yang Divaksin (VTL) bersama Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dengan langkah sempadan disemak dengan kemunculan varian Omicron.

Meski terdapat keprihatinan varian terkini itu boleh menjejas industri penerbangan yang baru saja mula menarik nafas lega selepas hampir dua tahun dek Covid-19, beberapa syarikat penerbangan memberitahu Berita Harian (BH) bahawa operasi mereka tidak terganggu dan tiada kesan besar yang dilihat sejauh ini.


Laporan lanjut: Kesan varian Omicron terhadap industri penerbangan belum dapat dilihat

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3