Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan disesuaikan untuk pastikan kehijauan tidak terjejas

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



PELAN pembangunan bagi estet baru di Mount Pleasant telah disesuaikan bagi memastikan kehijauan sekitarnya di Bukit Brown dan Tanah Perkuburan Kopi Sua tidak akan terjejas.



Ini menyusuli satu Kajian Kesan Sekitaran (EIS) yang dijalankan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Januari 2019 bagi kawasan sekitar 71.6 hektar, merangkumi kawasan perumahan yang dirancang seluas 33 hektar, serta di sekitarnya.



EIS itu mengkaji faktor seperti hidrologi (pergerakan air) dan mutu air, serta menilai biodiversiti, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) semalam.



"Setelah EIS itu tamat, HDB mendekati kumpulan alam sekitar untuk memperhalusi rancangan bagi estet perumahan baru itu untuk mengurangkan lagi kesan potensi kepada sekitaran," menurut kenyataan bersama itu.



Berdasarkan pelan asal, akses masuk ke estet itu dari Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) adalah menerusi satu jalan susur masuk baru yang dirancang untuk merentas Tanah Perkuburan Kopi Sua.



Mengambil kira dapatan EIS, HDB berunding dengan Penguasa Pengangkutan Darat (HDB) untuk menyemak rancangan bagi rangkaian jalan raya, dan sebaliknya membina akses menerusi jalan sedia ada Onraet Road dari PIE.



Dengan penyesuaian itu, perkuburan itu tidak akan terjejas, dan dua daripada tiga sungai di kawasan itu boleh dikekalkan.



Sebahagian daripada sungai ketiga di kawasan itu juga akan dikekalkan, dan HDB akan mengkaji bagaimana untuk melencong sebahagian dari sungai itu dan menyepadukannya dengan rangkaian longkang.



Pemerintah mengumumkan semalam bahawa sebuah estet perumahan baru akan dibina di tapak Akademi Polis Lama di kawasan Mount Pleasant, untuk menyediakan 5,000 unit perumahan. Projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama di kawasan itu akan dilancarkan dalam lima tahun mendatang.



Kajian sekitaran yang dilakukan di kawasan itu juga mendapati tapak itu terdiri daripada hutan yang telah terbiar, serta mempunyai beberapa sungai semula jadi, yang menyediakan habitat bagi fauna.



HDB berkata ia juga akan menjalankan kerja lain untuk mengurangkan kesan pembangunan kepada flora dan fauna di kawasan itu.



Ini termasuk menanam lebih banyak pokok di tepi Bukit Brown untuk melindungi haiwan daripada cahaya, bunyi bising dan pengeluaran gas yang mungkin berbahaya.



Pembangunan estet itu tidak akan memerlukan banyak pertumbuhan untuk ditebang, kata agensi itu semalam, tetapi apa-apa kegiatan menebang akan dilakukan secara berperingkat untuk mengelak musim pembiakan burung.



Zon perlindungan juga akan disediakan untuk melindungi pokok yang besar.



Satu Pelan Pemantauan dan Pengurusan Sekitaran (EMMP) akan turut ditubuhkan untuk memantau dan mengurus apa-apa kesan sekitaran daripada kerja pembinaan dan infrastruktur, kata agensi itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >