Pelan East Coast bantu penduduk celik digital, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pelan East Coast bantu penduduk celik digital

Jun 20, 2021 | 05:30 AM

PELAN pembangunan digital East Coast (EC) dilancarkan semalam sebagai sebahagian daripada pelan East Coast yang menyediakan akses kemahiran digital dan literasi kepada para penduduk.

Dikendali oleh pertubuhan akar umbi (GRO) EC, Heartbeat@Bedok dan rakan kongsi, pelan pembangunan digital itu bertujuan untuk menyediakan penduduk, peniaga dan pelajar dengan kemahiran pendigitalan supaya dapat bertahan dalam persekitaran teknologi kini.

Perniagaan kejiranan, penjaja di pasar basah juga boleh mendapat bantuan e-dagang untuk membantu mengharungi dek Covid-19.

Bercakap di acara itu petang semalam, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata:

"Sejak bermulanya Covid-19, ramai orang dan perniagaan telah mempelajari kaedah baru untuk bekerja, belajar dan berinteraksi.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Pelan Pembangunan Digital East Coast bertujuan untuk menyediakan kemahiran digital kepada penduduk kami untuk mengakses perkhidmatan dalam talian, bekerja atau belajar dari rumah, dan berhubung dengan keluarga dan rakan."

Acara itu turut disertai oleh penasihat akar umbi GRC East Coast - Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohd Maliki Osman; Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; Cik Jessica Tan; dan Cik Cheryl Chan.

Acara itu juga ditonton penduduk dan rakan masyarakat melalui siaran langsung di laman Facebook East Coast.

"Untuk perniagaan kejiranan, kami menyokong mereka melalui penggunaan peralatan digital dan platfom untuk terus relevan.

"Kami ingin memastikan bahawa tiada yang ketinggalan selepas kita mengharungi wabak ini," tambah Encik Heng.

Pelancaran acara itu juga adalah sebahagian pelancaran "Hari Pembelajaran Pendigitalan East Coast" yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Satu inisiatif utama di bawah pelan pembangunan digital ini adalah untuk menyediakan komputer riba yang diperbaharui secara percuma kepada keluarga berpendapatan rendah.

Bekerjasama dengan relawan dari SG Bono, syarikat dan individu boleh mendermakan komputer riba atau komputer yang telah digunakan untuk diperbarui.

Untuk menangani kemungkinan masalah seperti buli siber, jenayah siber dan berita palsu, GRC East Coast telah bekerjasama dengan Heartbeat@ Bedok, agensi kerajaan seperti Penguasa Pembangunan Infokom Media dan Lembaga Perpustakaan Negara untuk menganjurkan program kepekaan dan kesedaran melalui kursus dan webinar untuk kanak-kanak dan warga emas.

Membantu perniagaan kejiranan pula, Enterprise Singapore (ESG) dan Persatuan Persekutuan Pedagang akan menganjurkan kelas mingguan untuk membantu syarikat kecil dan sederhana untuk mengembang dan menjangkau lebih pelanggan.

"Perniagaan kejiranan penting dalam masyarakat kami. Ramai yang minat untuk menggunakan wadah digital untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam talian.

"Kami akan membantu lebih perniagaan menjadi digital dan terus melakukan yang terbaik untuk masyarakat East Coast," kata Encik Tan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map