Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan Hijau Bukit Batok: Kebun masyarakat bakal derma hasil tanaman kepada golongan memerlukan

Apr 17, 2021 | 09:26 PM



SEBUAH kebun masyarakat di Bukit Batok yang akan menyumbang hasil tanaman buat penduduk memerlukan dalam perancangan kini.



Ia adalah sebahagian daripada Pelan Hijau Bukit Batok, inisiatif yang dilancarkan Pertubuhan Akar Umbi Bukit Batok (GRO) dan rakan kerjasama termasuk gerakan sukarela nasional Team Nila pada Sabtu (17 April)



Inisiatif ini bertujuan menggalak penduduk menyertai pelbagai usaha kemampanan sekitaran dalam GRC.



Rancangan lain di bawah inisiatif ini termasuk mewujudkan pasukan bertindak yang akan meninjau prasarana yang diperlukan bagi menggalakkan kegiatan berbasikal seperti sudut baiki basikal awam dan kumpulan berbasikal.



Kumpulan ukiran kayu yang menggunakan kayu daripada pokok yang terjejas oleh pembangunan Laluan Serantau Jurong juga sedang dirancang.



Penasihat GRO Bukit Batok, Encik Murali Pillai, yang berada di majlis pelancaran itu, berkata:



"Pada akhirnya...semua ini adalah tentang perubahan sikap, memastikan setiap daripada kita dapat memberi yang terbaik dalam memastikan kita mempunyai sudut mapan yang bermanfaat di Bukit Batok."



Pelancaran Pelan Hijau Bukit Batok diadakan selepas The Straits Times dan The New Paper melaporkan tentang individu yang bercucuk tanam di hutan dan tanah milik negara, bulan lalu.



Ini meliputi penemuan taman di Bukit Batok Hillside Park di mana labu, sejenis bendi (okra), tomato dan betik ditanam serta dusun limau berhampiran Taman Haiwan Singapura. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >