Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan Induk Komunikasi Asean dilancar

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Nov 12, 2014 | 10:48 AM



MENTERI-MENTERI Luar Asean malam tadi melancarkan Pelan Induk Komunikasi Asean (ACMP) yang akan menyediakan pemegang taruhan Asean dengan rangka kerja yang membolehkan mereka mendedahkan peluang-peluang yang ditawarkan Masyarakat Asean dalam lingkungan rantau ini mahupun kepada dunia.


Sejajar dengan tema "Asean: Sebuah Masyarakat Yang Menawarkan Pelbagai Peluang", ACMP akan memberi panduan kepada negara-negara anggota Asean dan pemegang taruhan lainnya untuk berkomunikasi secara jelas tentang perilaku, struktur, dan wawasan keseluruhan Asean dan Masyarakat Asean kepada golongan sasar utamanya, termasuk: masyarakat tempatan, belia, wanita, kanak-kanak, pemerintah, perniagaan, pertubuhan masyarakat sivil, golongan berpengaruh, media dan masyarakat dunia.


Dalam ucapannya malam tadi, Setiausaha Agung Asean, Encik Le Luong Minh, berkata:


"Masyarakat Asean perlu faham apa yang dimaksudkan dengan menjadi sebahagian daripada sebuah rantau yang bersepadu di mana terdapat peluang-peluang saksama dan dikongsi, untuk kemajuan peribadi, perniagaan dan masyarakat."


ACMP dibangunkan dengan sokongan pemerintah Jepun menerusi Dana Penyepaduan Jepun-Asean.


Dalam ucapannya, Encik Minh turut menekankan juga pentingnya untuk Asean punya upaya untuk bersuara dengan satu suara kepada pemegang taruhan di dalam dan di luar rantau ini, menggunakan wadah-wadah tradisional dan bukan tradisional.


"Pelan Induk Komunikasi Asean akan memberikan panduan ini," ujarnya.


Tambah Encik Minh lagi, ACMP tidak bersandar pada satu masa sahaja, tetapi ia "direka untuk menjadi pelan yang 'hidup' yang dapat menyampaikan pesanan bahawa Asean adalah sebuah masyarakat yang menawarkan pelbagai peluang".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >