Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan induk perkukuh ikatan warga dan warisan S'pura dilancar

'Our SG Heritage Plan 2.0' pupuk ekosistem, perkaya kehidupan rakyat berbudaya
May 20, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA telah melancarkan pelan induk Our SG Heritage Plan 2.0 sebagai peta hala tuju bagi sektor warisan dan muzium Singapura antara 2023 hingga 2027 pada Jumaat.



Pelan ini dilakar dengan maklum balas warga Singapura dan bertujuan memperkukuh hubung kait warga negara ini dengan warisannya.



Our SG Heritage Plan 2.0 yang dibangunkan daripada pelan induk warisan pertama (2018-2022) dirasmikan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, di Muzium Peranakan.



Lembaga Warisan Negara (NHB) telah mendekati lebih 650 pihak berkepentingan, rakan kerjasama, pencinta warisan dan golongan kreatif dalam lebih 50 kumpulan perbincangan fokus mulai 2021 sebelum mendapatkan idea dan usulan orang ramai antara Ogos dengan November 2022.



Sebanyak 72,000 idea dan saranan diterima dalam tempoh ini.



Berlandaskan empat aspek iaitu identiti, masyarakat, industri dan inovasi, impak pelan ini lebih diserlahkan lantas bertujuan memupuk ekosistem warisan dan muzium yang akan memperkaya kehidupan warga Singapura.



Kata Encik Tong: "Warisan berbilang budaya kita yang rencam kekal sebagai dasar identiti kebangsaan kita.



"Tapak warisan dan acara kebudayaan menyediakan ruang bersama untuk semua rakyat Singapura untuk berkumpul.



"Nilai, budaya dan amalan kita menawarkan pengalaman bersama yang membina empati dan pemahaman antara kita."



Antara yang dibentangkan dalam pelan induk ini adalah usaha memperkasa lebih ramai anggota masyarakat agar terlibat dalam misi meneroka dan meraikan warisan Singapura serta menghidupkan kawasan kejiranan melalui pelancaran Titik Tumpuan Pengaktifan Warisan (Han) mulai 2024.



Kejiranan Katong-Joo Chiat yang dikenali kerana khazanah warisannya yang kaya dan kaitannya dengan budaya Peranakan serta seni bina prapeperangan yang unik adalah yang pertama yang akan dilancarkan pada separuh pertama 2024.



Dalam misi Han memperkasa masyarakat dan kejiranan untuk meraikan warisan, penduduk dan pengunjung di kawasan Katong-Joo Chiat boleh menjangkakan pesta jalanan, sesi jelajah yang dipimpin dan ceramah warisan.



Program sebegini hasil kerjasama NHB dan kumpulan warisan masyarakat KatongCulture yang ditubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat Joo Chiat.



NHB juga merancang melancarkan edisi selanjutnya Galeri Warisan Sudut Jalanan yang akan memaparkan sejarah perniagaan warisan.



Usaha lain di bawah pelan lima tahun ini termasuk inisiatif bersama NHB, Muzium Seni Singapura, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Majlis Reka Bentuk Singapura dalam mewujudkan koleksi yang meliputi pelbagai disiplin reka bentuk seperti fesyen, reka bentuk grafik dan seni bina.



Bagi menyokong perniagaan warisan, Armenian Street akan diubah menjadi kawasan untuk membangun kraf dan kreativiti menerusi usaha menganjurkan acara dan persembahan serta kedai pop-up yang meraih inspirasi daripada kesenian kraf dan tradisi Singapura.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NHB, Cik Chang Hwee Nee, berkata landskap warisan dan muzium di Singapura sudah menampakkan kemajuan dalam tempoh lima tahun lalu dengan penglibatan ramai.



Pelan induk pertama Our SG Heritage Plan, antara lain, membawa pada pencapaian seperti pengiktirafan budaya penjaja disertakan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >