SENTOSA dan Pulau Brani akan dibangunkan semula sebagai destinasi pelancongan dan bersantai dengan memanfaatkan tarikan unik tempat masing-masing, dedah Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) semalam.
Dilancarkan Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Chee Hong Tat, Pelan Induk Sentosa-Brani itu akan diusahakan secara berfasa selama dua hingga tiga dekad akan datang.