Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan insurans bersepadu (IP) hanya lindungi rawatan barah pesakit luar yang dilulus MOH mulai 2023

Aug 17, 2021 | 09:56 PM



 



ORANG yang telah membeli pelan insurans bersepadu atau integrated shield plans (IP) dari penyedia insurans privet mungkin tidak boleh membuat tuntutan bayaran bagi sebahagian ubat yang digunakan  untuk rawatan barah pesakit luar dari April 2023.



Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengeluarkan senarai ubat rawatan barah yang terbukti dan berkesan dari segi kos dan yang boleh dilindungi insurans MediShield Hayat dari September tahun depan.



Senarai yang sama juga akan digunakan oleh semua IP yang dijual atau diperbaharui dari April 2023, kata MOH pada Selasa (17 Ogos)



Pada masa ini, sebahagian besar IP melindungi rawatan barah pesakit luar berdasarkan bayaran yang dikenakan.



Ini bermakna kos rawatan hanya dihadkan kepada had keseluruhan tahunan yang ditetapkan pelan insurans,  yang boleh melebihi $2 juta.



Dengan perubahan ini, perlindungan akan dihadkan kepada sekitar 150 ubat yang kini dimuatkan dalam senarai yang diluluskan MOH. Tuntutan bayaran tidak boleh dibuat bagi ubat yang tidak dimuatkan dalam senarai itu.



Perlindungan bagi rawatan barah pesakit luar juga akan dihadkan, meskipun had ini berubah-ubah bergantung pada ubat yang digunakan.



Persatuan Insurans Hayat Singapura  berkata: “Penyedia insurans IP akan meneliti perubahan ini dan menyesuaikan pelan mereka supaya selaras dengan arahan yang diberikan MOH”.



Syarat baru ini, namun, tidak dikenakan bagi perlindungan yang diperuntuk melalui rider atau perlindungan tambahan yang dibiayai pemilik insurans sendiri dan bertujuan membayar menampung sebahagian kos perubatan yang perlu dibayar.



Harga premium bagi IP dibayar menggunakan Medisave.



Ini bermakna lapan penyedia insurans boleh terus melindungi sepenuhnya kos rawatan bagi lebih 1.7 juta pemilik insurans yang telah membeli rider.



Pemerintah memerlukan pesakit yang membeli IP untuk membayar deductible atau bahagian insurans yang ditanggung sendiri, sehingga $3,500 setahun, sebelum perlindungan insurans bermula; serta bayaran bersama 10 peratus baki bil.



Buat masa ini, rider boleh membayar 95 peratus bil keseluruhan, jika seorang pesakit yang membeli rider mendapatkan rawatan barah pesakit luar yang tidak diluluskan. Ini jika penyedia insurans tidak mengubah syarat yang ditetapkan bagi perlindungan rider.



Penolong profesor Jeremy Lim dari Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata ada dua bahagian kepada terma ‘berkesan dari segi kos’.



Ubat yang tidak disenaraikan oleh MOH mungkin berkesan, tetapi tidak semestinya memenuhi syarat kos yang dikenakan MOH.



Beliau berkata: “Saya berharap ada sistem untuk merayu dan menimbangkan pengecualian bagi pesakit individu, kerana tiada huraian yang sama bagi semua.”



Sebelum 2018, rider boleh digunakan untuk membayar keseluruhan bil yang ditanggung pesakit. Namun orang yang membeli rider dari 8 Mac 2018, perlu membayar 5 peratus bil, sehingga had minimum $3,000 setahun.



MOH membuat perubahan kepada rider untuk mengekang kos jagaan kesihatan yang meningkat, kerana ia mendapati orang yang tidak membayar apa-apa bagi rawatan yang dijalani mempunyai bil yang 60 peratus lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mempunyai rider.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >