Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan kebangsaan bantu warga emas harungi usia senja dengan baik

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



SATU program kebangsaan telah dilancarkan demi memperkasakan golongan warga emas untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mereka ketika mereka lanjut usia.



Program 'Live Well, Age Well' atau 'Hidup dengan baik, Lanjut usia dengan baik' merancang mendekati lebih 550,000 peserta berusia 50 tahun dan ke atas dalam tempoh lima tahun akan datang.



Ia akan dikendalikan oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Persatuan Rakyat (PA) dan Pusat Penuaan Aktif (AAC) sebagai sebahagian daripada Pelan Tindakan Penuaan Berjaya Singapura.



Rancangannya ialah untuk memastikan warga emas di sini dapat bekerja lebih lama serta kekal berhubung secara sosial.



Pelan tersebut dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung di Kelab Masyarakat Ci Yuan yang terletak di Hougang semalam.



Menjelang 2030, ia dianggarkan satu daripada empat orang di sini berumur 65 tahun ke atas, kerana rakyat Singapura hidup lebih lama dan bayi dilahirkan juga berkurangan.



Menekankan kepentingan untuk mengatasi isu penduduk yang semakin lanjut usia, Encik Ong yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Menteri mengenai Penuaan berkata program ini akan memberi tumpuan untuk menawarkan pelbagai aktiviti sesuai bagi warga emas di sini.



"Aktiviti ini terdiri daripada latihan fizikal kepada aktiviti kesejahteraan mental, pemakanan dan celik digital. "Dengan SG Lebih Sihat, usaha ini akan diberi dorongan yang lebih kuat dan mengambil perspektif penjagaan kesihatan yang lebih baik," kata Encik Ong.



Program Live Well, Age Well, yang menawarkan aktiviti seperti sesi yoga dan taichi yang berimpak rendah, serta sesi pendidikan tentang kesejahteraan mental, sedang diperkenalkan secara beransur-ansur di tempat-tempat seperti kelab masyarakat dan pusat penuaan aktif.



Turut menyertai pelancaran itu semalam adalah Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng yang merupakan sebahagian anggota dalam Jawatankuasa Menteri mengenai Penuaan.



Dilancarkan pada 2015, Pelan Tindakan Penuaan Berjaya bernilai $3 bilion yang bertujuan membantu warga Singapura menua dengan yakin dan cergas.



Pelan itu mempunyai lebih daripada 70 inisiatif untuk membantu warga emas menjalani gaya hidup aktif.



Namun, pelan 2023 pula memberi tumpuan kepada inisiatif masyarakat dan bertujuan mengikuti perkembangan keperluan kumpulan warga emas yang semakin meningkat. Ini menyusuli 40 sesi yang melibatkan lebih 5,000 warga Singapura sejak 2019.



Kementerian Kesihatan (MOH) mendapati bahawa warga emas masa depan lebih berpendidikan, lebih pengalaman dan celik teknologi, dan berkemungkinan meneroka pelbagai aktiviti dan minat mereka.



Pelan tindakan terkini mempunyai tiga teras - penjagaan, sumbangan dan keterkaitan - untuk membantu rakyat Singapura menjalani kehidupan sepenuhnya.



Penjagaan adalah mengenai memperkasakan warga emas untuk menjaga kesihatan mereka melalui usaha pencegahan, program penuaan aktif dan perkhidmatan penjagaan.



Teras kedua ialah mewujudkan peluang kepada warga emas untuk terus menyumbang pengetahuan dan kepakaran mereka kepada masyarakat.



Teras ketiga pula adalah membantu warga emas untuk menua dan kekal berhubung dengan masyarakat dan orang tersayang.



Encik Ong berkata: "Dalam fasa peralihan demografik kita ini, keutamaan dasar kesihatan dan penuaan kita adalah untuk menjadikan jangka hayat kita yang sihat dan aktif hampir sepanjang hayat kita jangka hayat. Ini adalah sesuatu yang mesti kita usahakan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >