Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan kurangkan sisa ke Pulau Semakau sebanyak 30%

Pelan Induk Sifar Sisa bermatlamat bangunkan S'pura jadi mapan, cekap sumber dan berdaya tahan iklim
Aug 31, 2019 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah melancarkan pelan tindakan untuk mengurangkan sisa yang dihantar ke Pulau Semakau sebanyak 30 peratus menjelang 2030.



Pelan Induk Sifar Sisa itu menetapkan langkah yang boleh diambil negara bagi mencapai matlamat membangunkan Singapura yang mapan, cekap sumber dan berdaya tahan iklim.



Ini diumumkan Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, semasa melancarkan pelan itu di bangunan Ramada by Wyndham Singapore di Ah Hood Road, semalam.



Memberi perincian pelan berkenaan, Dr Khor berkata jika Singapura berjaya mencapai sasaran sisa baru itu, jangka hayat tapak pelupusan sampah di Pulau Semakau itu boleh melebihi 2035.



"Kami telah meletakkan sasaran besar untuk mengurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah (Semakau) sebanyak 30 peratus menjelang 2030.



"Setiap daripada kita memainkan peranan mencapai sasaran ini - industri, pemerintah dan isi rumah. Saya yakin kita boleh mencapainya jika kita mencapai semua yang telah ditetapkan dalam pelan induk ini," jelas Dr Khor.



Dr Khor berkata Singapura mahu membangunkan keupayaan kitar semula termasuk dengan menubuhkan kemudahan kitar semula sisa elektronik bagi perkakas rumah besar, bateri dan lampu.



Label baru bagi tong kitar semula di estet perumahan pula diharap dapat membuka jalan bagi orang ramai mengitar semula dengan betul.



Beliau berkata, pelan induk tersebut turut mengandungi strategi mewujudkan pendekatan ekonomi putaran terhadap amalan pengurusan sisa dan sumber, serta beralih ke arah pengeluaran dan penggunaan lebih mapan.



Pendekatan ekonomi putaran membolehkan Singapura merapatkan lingkaran sumber negara dengan mengitar semula, mewujudkan nilai dan menghasilkan produk berguna menggunakan sisa, misalnya menukar abu pembakaran kepada bahan pembinaan.



Ia juga mewujudkan peluang ekonomi, industri dan pekerjaan bagi warga Singapura.



Pemerintah akan menerajui peralihan kepada ekonomi putaran sebagai sebahagian pelan induk tersebut.



Ini akan dilakukan bermula dengan Rang Undang-Undang Kemampanan Sumber yang bakal dibentangkan di Parlimen minggu depan.



Menyentuh usaha membangunkan keupayaan kitar semula dengan penubuhan kemudahan kitar semula sisa elektronik, Dr Khor berkata:



"Kajian awal menganggarkan kita boleh memperoleh manfaat bersih sebanyak $40 juta dengan mengambil dan menggunakan semula bahan dari e-sisa (sisa elektronik).



"Ini termasuk mewujudkan pekerjaan baru dan merebut peluang luar negara untuk mengeksport penyelesaian tempatan kami."



Sementara itu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang meneroka penubuhan kemudahan kitar semula e-sisa bagi perkakas rumah besar seperti peti sejuk, bateri yang digunakan di rumah, dan lampu.



NEA juga sedang mengkaji penubuhan kemudahan kitar semula bagi plastik dan akan mengadakan sesi perundingan dengan pihak berkepentingan industri.



Dalam pada itu, tong kitar semula berwarna biru akan mempunyai label baru yang bertujuan menyampaikan dengan lebih jelas apa yang boleh dan tidak boleh dibuang ke dalamnya.



Ini bagi mengurangkan pencemaran dalam tong sedemikian.



Menggalakkan setiap warga menyumbang kepada usaha menjadikan Singapura negara Sifar Sisa, Dr Khor berkata:



"Visi Sifar Sisa kami memerlukan setiap seorang memainkan peranan. Kita perlukan individu, perniagaan dan organisasi untuk bekerjasama dan mencipta serta menyampaikan bersama huraian berkesan."



"Pendekatan kami dengan warga Singapura merupakan perjalanan yang berterusan...pelancaran ini adalah langkah penting dan saya menjemput anda semua melalui perjalanan ini bersama."



LAPORAN LANJUT: Wajah baru tong kitar semula bertujuan kurangi pencemaran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >