Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan perluas VTL darat SG-M'sia bagi pelawat umum mulai pertengahan Dis

Perbincangan juga dijalankan bagi rintis VTL laut: PM Lee sempena lawatan rasmi PM Ismail Sabri ke S'pura
Nov 30, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia merancang meluaskan skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) darat, yang bermula semalam, untuk merangkumi golongan pelawat umum mulai pertengahan Disember ini.



Ini sedang VTL darat sekarang disediakan melalui khidmat bas khas selain dibuka hanya kepada warga, Penduduk Tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki.



Selain itu, perbincangan juga sedang dijalankan untuk merintis skim VTL laut, yang membolehkan kapal persiaran Singapura berlabuh di beberapa pelabuhan Malaysia.



Demikian diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, selepas bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berada di sini dalam satu lawatan rasmi.



Semalam, Singapura dan Malaysia memulakan secara serentak dua VTL, iaitu darat melalui Koswe; dan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



Berucap pada satu sidang akhbar bersama di Istana semalam, Encik Lee berkata kededua negara memulakan VTL itu dengan melibatkan bilangan pelawat yang sederhana.



"Namun kita akan maju selangkah demi selangkah, dan jadikan ia berfungsi dulu. Sedang keadaan menjadi mantap, kita akan tingkatkan bilangan perjalanan.



"Kami sasarkan untuk meluaskan VTL darat untuk merangkumi pelawat umum (bukan warga dan pemastautin jangka panjang) mulai pertengahan Disember 2021 dan seterusnya, dengan mengambil kira situasi kesihatan awam," ujarnya.



Mengenai VTL laut pula, Encik Lee berkata dua negara itu bersetuju untuk berusaha ke arah menyelaraskan piawaian pelayaran selamat dan memulakan perbincangan mengenai perkara itu, termasuk kemungkinan VTL bagi perjalanan antara terminal Tanah Merah dengan Desaru, Johor.



Beliau menarik perhatian, ini semua akan dilakukan sejajar dengan langkah kawalan penularan Covid-19, mentelah kini munculnya varian terbaru Omicron.



"Tetapi, walaupun Omicron mengganggu rancangan ini, matlamat kami adalah untuk mempunyai sempadan lebih terbuka antara Singapura dengan Malaysia, dan saya cukup yakin selepas beberapa ketika kami akan dapat membuat kemajuan selanjutnya," tambahnya.



Datuk Ismail Sabri mengadakan lawatan rasmi ke Singapura, lawatan pertama beliau sebagai perdana menteri Malaysia.



Beliau dan Encik Lee pada awal pagi semalam menyaksikan permulaan VTL darat di Pusat Pemeriksaan Woodlands.



Sementara itu, pada sidang akhbar itu, Datuk Ismail Sabri berkata permulaan VTL itu merupakan langkah amat penting.



"Ia melambangkan pembukaan semula sempadan kami melalui pelancaran VTL dan pada masa sama kami juga melancarkan VTL udara.



"Ini adalah sebahagian pembukaan semula sempadan kami secara beransur-ansur untuk memudahkan perjalanan antara kededua negara," ujarnya.



Beliau dan Encik Lee juga membincangkan mengenai peluasan skim VTL darat sedia ada antaranya merangkumi khidmat bas tambahan di Laluan Kedua Tuas, khidmat kereta api merentas sempadan, dan secara beransur-ansur perjalanan melalui kereta dan motosikal.



Dalam sidang akhbar itu, Encik Lee juga merumuskan beberapa isu dan kerjasama yang dibincangkan pemimpin dua negara itu.



Ini termasuk isu Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura, Covid-19, dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).



Mengenai HSR, perdana menteri Malaysia telah menyarankan supaya dihidupkan semula perbincangan mengenai HSR.



Encik Lee memberi respons bahawa dua negara itu sebelum ini telah mencapai persetujuan menamatkan projek HSR sebelum ini, dan ia telah diselesaikan secara baik.



Namun Singapura, kata Encik Lee, bersedia kepada cadangan baru dari Malaysia dalam perkara itu.



Dalam lawatan rasminya ke sini, Datuk Ismail Sabri turut bertemu Presiden Halimah Yacob, dengan Encik Lee turut menjamu Datuk Ismail Sabri dalam satu acara makan tengah hari.




"Namun, kita akan maju selangkah demi selangkah, dan jadikan ia berfungsi dulu. Sedang keadaan menjadi mantap, kita akan tingkatkan bilangan perjalanan. Kami sasarkan untuk meluaskan VTL darat untuk merangkumi pelawat umum (bukan warga dan pemastautin jangka panjang) mulai pertengahan Disember 2021 dan seterusnya, dengan mengambil kira situasi kesihatan awam."
- Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong.



"Ia melambangkan pembukaan semula sempadan kami melalui pelancaran VTL dan pada masa sama kami juga melancarkan VTL udara. Ini adalah sebahagian pembukaan semula sempadan kami secara beransur-ansur untuk memudahkan perjalanan antara kededua negara."
- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >