Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan permudah derma kepada badan bukan raih untung

Wadah SG Cares Digital Kampong akan hubungkan penderma dengan badan secara digital
Jan 21, 2021 | 05:30 AM



SATU inisiatif baru untuk memudahkan individu menderma kepada badan bukan mencari keuntungan (NPO) menerusi kaedah digital akan dilancarkan.



Digelar 'SG Cares Digital Kampong', inisiatif tersebut bertujuan menghubungkan penderma dengan NPO secara digital dengan menyediakan pengalaman menderma yang lebih mudah serta meluaskan jangkauan digital NPO itu sendiri.



Ini akan dilakukan menerusi aplikasi SG Cares dengan menghubungkan pelbagai NPO melalui sistem bahagian belakang SG Cares Digital Kampong.



Inisiatif baru tersebut telah diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong semasa taklimat meninjau usaha tahun 2020 kementeriannya.



Pembangunan SG Cares Digital Kampong akan bermula tahun kewangan 2021 dan dijangka memakan masa dua tahun.



Antaranya, sistem tersebut akan menggabungkan peluang rakan kongsi yang berkaitan dan menerbitkannya di aplikasi SG Cares untuk pededahan yang lebih luas.



Oleh itu, apabila peluang menderma dimuatnaik ke laman web giving.sg atau volunteer.sg, ia juga akan diterbitkan di aplikasi SG Cares.



Aplikasi tersebut juga akan dipertingkatkan agar menjadi aplikasi mudah alih yang dipilih untuk menderma, di mana pengguna boleh mengakses peluang menderma daripada semua laman rakan kongsi bersama menerusi aplikasi itu.



Peningkatan tersebut bukan sahaja memanfaatkan penderma dan penerima, malah menghidupkan lagi sistem eko pemberian digital akan lebih setaraf kerana NPO yang kurang dikenali boleh mempunyai akses kepada lebih ramai pemberi.



Dalam pada itu, Encik Tong juga berkongsi bahawa Geran Operasi Pakej Daya Ketahanan Seni dan Budaya (ACRP) berjumlah $55 juta yang telah diberikan memberi sokongan dan peluang tambahan sambil mendorong perkembangan kemampuan jangka panjang yang akan membantu sektor seni dan budaya menyesuaikan diri dengan lebih baik dengan cabaran yang dihadapi dek Covid-19.



Geran tersebut telah menyediakan lebih 13,000 peluang pekerjaan dan latihan, dengan lebih 5,000 daripada jumlah tersebut membantu pekerja bebas.



Ia juga telah menyokong lebih 1,400 projek pendigitalan dan program yang dikendalikan artis dan badan seni setempat.



Industri seni juga melihat pencapaian yang memberangsangkan baru-baru ini dengan kehadiran tertinggi lebih 15.6 juta hadirin bagi acara-acara seni dan kebudayaan pada 2019, kata Encik Tong.



Beliau turut menambah bahawa muzium dan galeri juga dikunjungi jumlah tertinggi 9.6 juta individu pada 2019.



Ini mencerminkan sektor yang rancak dengan pilihan luas aktiviti serta acara kesenian dan kebudayaan.



Namun, jumlah tersebut menjunam dengan hebatnya tahun lalu - bukan perkara yang menghairankan dengan berlakunya pandemik koronavirus Covid-19.



Pun begitu, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan berusaha memastikan minat dapat terus dikekalkan terhadap seni.



Laporan lebih menyeluruh tentang hal tersebut akan dikongsikan minggu hadapan.



Encik Tong berkata MCCY akan terus berusaha membina negara yang peduli, kohesif dan yakin dengan kerjasama warga Singapura, termasuk golongan belia yang telah membantu banyak inisiatif yang dijalankan kementerian tersebut tahun lalu.




SEKILAS USAHA MCCY BAGI 2021



  • Kumpulan kerja warga bagi simbol nasional

- Sekitar 50 warga Singapura secara sukarela bantu kaji semula peraturan dan garis pandu penggunaan simbol nasional (contoh: bendera, lagu kebangsaan).



- Proses bermula 30 Jan 2021.



  • Acara Sukan

- Bantu perjalanan luar negara dan vaksinasi bagi atlet Sukan Olimpik, Para-Olympik dan Sukan SEA.



- Dalam perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) tentang membangunkan pelan bagi Goal 2034.



  • Kumpulan Pembelajaran Digital (DLC)

- Kerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk adakan DLC bantu warga emas garap kemahiran digital.



- Rancangan merekrut lebih 1,000 sukarelawan belia DLC jelang pertengahan 2021.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >