Pelan pertingkat sektor latihan dan pendidikan dewasa dilancar

SATU rancangan transformasi lima tahun bagi menyegarkan dan mungkin meningkatkan sistem pendidikan dan latihan berterusan di Singapura diumum pada Khamis (3 Nov).

Dikenali sebagai Rancangan Transformasi Sektor Latihan dan Pendidikan Dewasa, ia diadakan sejajar dengan pergerakan SkillsFuture nasional supaya selaras dengan keperluan kemahiran yang berubah ekonomi yang pesat berkembang.

Sektor itu "perlu sentiasa peka akan perubahan keperluan ekonomi dan industri", kata Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, semasa mengumumkannya pada Khamis (3 Nov),

Beliau mengumumkan rancangan itu, yang dibangunkan oleh Majlis Kemahiran Latihan dan Pendidikan Dewasa setelah berunding dengan lebih 150 profesional, di Simposiun Pembelajaran Dewasa di Pusat Ekspo dan Kovensyen Marina Bay Sands.

"Latihan tidak hanya menyampaikan ceramah dan menunjukkan slaid, tetapi anda menyelam ke dalam mimpi, harapan dan kebimbangan pelatih anda, dan membantu mereka berkembang.

"Anda mengasah kemahiran mereka dan meningkatkan keupayaan mereka ke tahap lebih tinggi, tetapi yang lebih penting, jika anda benar-benar baik dalam apa yang anda lakukan, anda menimbulkan perasaan mendalam mereka, anda membantu mereka mencari arah mereka dalam kehidupan dan aspirasi mereka, dan menggerakkan motivasi dalaman mereka," kata Encik Ong.

Hari ini, terdapat kira-kira 6,000 pendidik orang dewasa dan pembangun kurikulum sektor latihan dan pendidikan dewasa yang pelbagai.

Di bawah rancangan tersebut, tujuh saranan utama dikenal pasti di bawah tiga bidang - menyusun semula pertumbuhan sektor itu, mengukuhkan sistem dan proses bagi penyedia latihan, dan menangani keperluan tenaga kerja dan kemahiran.

Saranan itu termasuk mengukur apakah latihan memenuhi hasil prestasi tempat kerja, menyegarkan infrastruktur pembelajaran untuk menyokong inovasi, dan meningkatkan kemahiran pendidik.

Pelbagai inisiatif telah pun dilaksana, dan banyak lagi sedangan dirancang.

Sebagai contoh, penekanan lebih besar akan diberi pada pembelajaran yang disesuaikan, yang mungkin termasuk kuliah dalam talian serta perbincangan dalam kelas. Menjelang 2020, kira-kira tiga dalam empat kursus penuh Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja Singapura (WSQ) akan disampaikan melalui pembelajaran yang disesuaikan.

Juga, sistem pengurusan latihan nasional, kini dalam fasa percubaan dan dijangka siap pada 2018, akan membantu menyelaras tugas pentadbiran latihan, seperti pengurusan pendaftaran dan pembayaran.

The Anugerah Pembelajaran SkillsFuture pula akan juga disediakan untuk profesional dalam sektor ini.

Galeri Foto