Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan Shield Bersepadu kini liputi kesulitan vaksin Covid-19, membawa pada kemasukan hospital

Jan 25, 2021 | 07:35 PM



KESEMUA tujuh syarikat insurans yang menawarkan Pelan Shield Bersepadu (IP) sedang memperluaskan liputan insurans bagi komplikasi vaksinasi Covid-19 yang membawa pada pesakit dimasukkan ke hospital.



Liputan insurans ini terbuka bagi semua pemilik polisi insurans yang menerima vaksin Covid-19 yang diiktiraf Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dengan vaksinasi dibuat di Singapura, jelas Persatuan Insurans Hayat, Singapura (LIA Singapore) pada Isnin (25 Januari).



Liputan khas ini tersedia sehingga 31 Disember 2021.



"Lanjutan tempoh liputan insurans ini akan dipertimbangkan pada lewat tahun ini selepas memantau evolusi keadaan yang berubah," jelas persatuan itu.



Ia menambah peluasan liputan itu "menyokong langkah Singapura melindungi masyarakat dan membolehankan negara ini kembali seperti biasa".



Presiden LIA Singapore, Encik Khor Hock Seng, berkata: "Industri insurans hayat menyokong sepenuhnya usaha Pemerintah menggalak seberapa ramai warga Singapura agar mengambil suntikan vaksin Covid-19.



"Komitmen proaktif daripada anggota kami akan memberikan ketenangan fikiran buat warga Singapura bahawa sebarang kesan buruk daripada vaksin ini yang membawa pada individu digegaskan ke hospital akan menerima liputan insurans."



IP adalah pelan insurans yang meliputi MediShield Hayat yang diuruskan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan komponen liputan insurans swasta yang dikendalikan syarikat insurans, secara dasar bagi meliputi biaya wad Kelas A atau B1 di hospital awam atau swasta.



MediShield Hayat, buat semua warga Singapura, boleh digunakan bagi komplikasi berkaitan dengan vaksinasi.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga merancang mengenalkan program bantuan kewangan kecederaan vaksin bagi mereka yang mengalami keadaan teruk berkaitan dengan vaksin Covid-19 yang ditadbir di Singapura.



Menurut MOH, mereka yang menjalani vaksinasi mungkin mengalami kesan sampingan biasa seperti vaksin lain. Kebanyakan kesan sampingan ini sedikit atau sederhana sahaja impaknya dan kebanyakan pesakit kian pulih dalam masa tiga hari.



Kesan sampingan ini termasuk rasa sakit, tanda merah dan bengkak di kawasan yang disuntik; demam atau seram sejuk; serta sakit kepala atau sakit otot dan sendi. Penyakit ini boleh dirawat dengan paracetamol, kata MOH dalam lamannya.



Kesan sampingan lain termasuk rasa penat atau bengkak di kelenjar leher atau lengan.



Dalam kes-kes yang jarang berlaku, vaksin ini boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk, tambah MOH. Tanda-tandanya termasuk kesukaran bernafas, bengkak pada muka, tekak, mata atau bibir, degupan jantung yang cepat, mabuk dan kelemahan badan serta alahan kulit yang teruk seluruh badan.



Mereka yang mengalami tanda-tanda sebegini selepas vaksinasi harus menghubungi talian 995 atau ke jabatan Kemalangan dan Darurat (A&E) terdekat dengan segera, jelas MOH.



Pemegang polisi insurans IP dengan soalan lanjut digalakkan agar menghubungi wakil insurans atau syarikat insurans. 



Syarikat insurans yang menawarkan IP buat masa ini termasuk AIA, Aviva, AXA, Great Eastern Life, NTUC Income, Prudential dan Raffles Health Insurance.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >