Pelan Tindakan Iklim Singapura dilancar
Kurangi intensiti keluaran gas rumah hijau jelang 2030 antara intisari
Jul 11, 2016 | 05:30 AM
MENGURANGKAN intensiti pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 36 peratus menjelang 2030 dan memperbaiki kecekapan tenaga.
Demikian antara intisari Pelan Tindakan Iklim Singapura yang melakar strategi negara ini mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dan bagaimana ia bersiap sedia menangani perubahan iklim.