Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan tingkat pendidikan kemahiran hidup bagi pelajar poly, ITE: Maliki

Antara saranan bagi semak peluang dan laluan dalam pendidikan amali
Jul 12, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH mengajar kemahiran hidup dengan lebih baik di politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) merupakan antara saranan yang diutarakan, menyusuli lebih 40 sesi perbincangan bersama sekitar 1,200 pihak berkepentingan - termasuk pelajar, alumni, pendidik, ibu bapa dan majikan - sejak Januari lalu.



Perbincangan itu merupakan sebahagian daripada Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Amali yang dipengerusikan Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



Lebih daripada kemahiran yang diperlukan di tempat kerja, Dr Maliki berkata adalah penting bagi pelajar turut dilengkapi dengan kemahiran hidup.



Ini termasuk mencari huraian kepada masalah, bekerja secara berkumpulan, daya tahan mental dan komunikasi.



Pelajar tahun ketiga jurusan komunikasi massa Politeknik Republic (RP), Cik Nadia Begum Nainish, 19 tahun, yang menghadiri sesi perbincangan terakhir itu di ITE Kolej Central kelmarin, saranan membina kemahiran hidup pelajar amat penting baginya dan pastinya harus dipertingkat di sekolah untuk membangunkan individu yang berdaya tahan dan berupaya menyesuaikan diri dengan berkesan.



"Saya rasa kemahiran hidup ini boleh disampaikan kepada pelajar bukan sahaja menerusi slaid tetapi secara lebih praktikal supaya pengalamannya lebih bermakna," ujarnya.



Menggulung sesi perbincangan bagi semakan itu, Dr Maliki menggariskan empat tema yang muncul daripada sesi perbincangan sepanjang enam bulan lalu itu.



Ini termasuk membangunkan kemahiran hidup pelajar, mewujudkan lebih banyak fleksibiliti dari segi laluan untuk menyokong profil pelajar yang pelbagai, membina keupayaan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah serta menyediakan sokongan lebih bersepadu bagi pelajar dengan keperluan lebih tinggi.



"Apa yang kita lihat daripada tema-tema ini ialah satu perjalanan atau laluan bagi penuntut kita yang lebih menghargai setiap individu, memastikan setiap individu itu merasa bahawa laluan yang beliau jalani dalam institusi pengajian tinggi itu khusus bagi diri beliau juga.



"Dan beliau akan dapat mengecapi kemahiran baru dan akan lulus dengan keyakinan bahawa beliau dapat menyumbang kepada industri dan ekonomi masa depan kita," ujarnya ketika ditemui media di akhir sesi perbincangan terakhir itu.



Dr Maliki berkata fleksibiliti merupakan sesuatu yang perlu dikaji dengan lebih mendalam untuk membolehkan pelajar yang memerlukan masa yang lebih lama menghabiskan pengajian mereka sementara mereka yang berupaya boleh menghabiskannya dengan masa yang lebih singkat.



Bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang sering berubah dan keperluan masa akan datang, pelajar juga harus terus meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat pengajian.



Tambahnya, satu sistem sokongan juga diperlukan bagi membantu pelajar yang mempunyai keperluan khusus dari segi kewangan, emosi, kesihatan, mental dan sebagainya.



Sesi perbincangan kelmarin dihadiri sekitar 60 orang.



Dr Maliki turut menarik perhatian pentingnya peranan ibu bapa untuk terus memberi sokongan kepada anak mereka meskipun mereka sudah berada di peringkat institusi pengajian tinggi kerana anak mereka itu sedang menjalani proses dan cara pengajian yang baru dan berbeza berbanding di sekolah menengah.



"Para guru dan pensyarah di institusi pengajian tinggi kita bersedia berganding bahu dengan ibu bapa untuk menyokong anak-anak kita," ujarnya.



Bapa dua anak yang berusia 20 dan 24 tahun, Encik Abu Bakar Othman, 52 tahun, yang menyertai perbincangan kelmarin berkata beliau dan isteri sering berbincang dengan anak mereka tentang aspirasi mereka serta berkongsi pandangan dan memberi sokongan.



Pada masa akan datang, beliau berharap ibu bapa akan diberi lebih banyak peluang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk menyokong anak mereka.



"Cabaran yang bakal dihadapi anak-anak ini pada masa akan datang akan menjadi lebih mencabar. Jadi, kerjasama dengan ibu bapa dan sekolah itu amat penting untuk membantu anak-anak tempuhi cabaran itu dan meraih kejayaan," kata Encik Abu Bakar, jurulatih dalam bidang keselamatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >