Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pelan transformasi industri akan dikemas kini: DPM Heng

Antara lain bolehkan sektor cipta, rebut peluang pendigitalan, inovasi, pengantarabangsaan, demi wujudkan pekerjaan baik bagi rakyat
Apr 06, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mengemas kini strategi sektor untuk setiap 23 sektor Perancangan Perubahan Industri (ITM) dek kesan Covid-19 terhadap ekonomi, dengan sasaran untuk menyelesaikan usaha itu menjelang tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Ini akan membolehkan sektor tersebut mencipta dan merebut peluang menerusi pendigitalan, inovasi, pengantarabangsaan, peningkatan kemahiran pekerja dan rekaan semula pekerjaan, dengan tujuan meningkatkan produktiviti dan gaji pekerja serta mewujudkan pekerjaan baik buat rakyat Singapura, tambah Encik Heng.



ITM merupakan peta jalan yang dilakarkan untuk memacu transformasi industri dalam sektor, dengan setiap ITM merangkumi pelan pertumbuhan dan daya saingan yang disokong empat tunggak produktiviti, pekerjaan dan kemahiran, inovasi, dan perdagangan serta pengantarabangsaan.



Encik Heng berkata Covid-19 telah mengganggu kemajuan perjalanan ITM, yang dilaksanakan sejak 2016, dengan beberapa sektor seperti pengangkutan udara, hotel, dan runcit terjejas teruk dan akan memerlukan masa untuk pulih.



"Itu sebabnya mengapa sebagai sebahagian siri langkah Belanjawan, kami menyediakan sokongan khas buat sektor yang lebih terjejas untuk membantu mereka kekal berdaya tahan. Selain impak segera, Covid-19 juga telah mempercepat trend struktur jangka panjang, seperti transformasi digital, semakan pensejagatan, dan tumpuan pada kemampanan.



"Oleh itu, kami mesti membina permulaan dan kemajuan yang telah kami capai dalam lima tahun lalu, dan untuk memperbaharui ITM kami demi memenuhi perubahan yang dipercepat oleh Covid-19," kata beliau, yang juga Menteri Kewangan.



Sejak dilaksanakan pada 2016, perjalanan ITM telah menyaksikan kemajuan yang menggalakkan, tambah Encik Heng.



Produktiviti buruh Singapura secara keseluruhan, seperti diukur dengan nilai tambah sebenar bagi setiap jam sebenar bekerja, meningkat 2.7 peratus setahun dari 2016 hingga 2019, naik daripada 2.2 peratus dalam tiga tahun sebelumnya.



Pendapatan median sebenar daripada pekerjaan yang dilakukan rakyat Singapura yang bekerja sepenuh masa (termasuk sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan) meningkat 3.7 peratus setahun dari 2016 hingga 2019 berbanding pertumbuhan 3.2 peratus setahun dalam tiga tahun sebelumnya.



Encik Heng berkata usaha memperbaharui ITM itu dilengkapi usaha Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh dan Perikatan untuk Bertindak (AfA) Singapura Bersama, yang berkhidmat sebagai pencari jalan untuk membantu merebut peluang segera meskipun di tengah-tengah Covid-19.



"ITM kami melakarkan laluan bagi setiap sektor menjadi berdaya saing agar rakyat kita boleh mengakses pekerjaan baik dan peluang yang mempertingkat kehidupan mereka. Oleh itu, Pekerjaan dan Kemahiran merupakan tunggak utama bagi setiap ITM, dan disokong menerusi inisiatif seperti Next Bound of SkillsFuture," kata beliau.



Encik Heng berkata tumpuan khusus diberikan kepada pekerja pertengahan kerjaya untuk membantu mereka terus dapat bekerja dan mempunyai akses kepada pekerjaan baik.



Rakan tiga pihak bekerjasama secara rapat demi memastikan transformasi perniagaan dijalankan seiring dengan transformasi tempat kerja dan tenaga kerja.



Misalnya, Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) bekerjasama dengan agensi pemerintah dan industri untuk membangunkan Peta Transformasi Pekerjaan bagi memberikan pandangan terperinci tentang kesan teknologi dan automasi terhadap industri dan tenaga kerja.



Gerakan buruh pula bekerjasama dengan perniagaan untuk membentuk Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) demi membantu pekerja mempertingkat kemahiran sambil menyokong transformasi syarikat mereka, kata Encik Heng.



Beliau menambah bahawa pemerintah juga sedar tentang keadaan pekerja mudah terjejas yang paling terkesan dengan pandemik ini, dan telah menyediakan sokongan tambahan buat mereka.



Antaranya ialah menerusi Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) yang telah diperuntukkan lagi $5.2 bilion semasa Belanjawan baru-baru ini untuk melanjutkan skim itu selama tujuh bulan lagi sehingga September.




"Selain impak segera, Covid-19 juga telah mempercepat trend struktur jangka panjang, seperti transformasi digital, semakan pensejagatan, dan tumpuan pada kemampanan.

Oleh itu, kami mesti membina permulaan dan kemajuan yang telah kami capai dalam lima tahun lalu, dan untuk memperbaharui ITM kami demi memenuhi perubahan yang dipercepat oleh Covid-19...

ITM kami melakarkan laluan bagi setiap sektor menjadi berdaya saing agar rakyat kita boleh mengakses pekerjaan baik dan peluang yang mempertingkat kehidupan mereka. Oleh itu, Pekerjaan dan Kemahiran merupakan tunggak utama bagi setiap ITM, dan disokong menerusi inisiatif seperti Next Bound of SkillsFuture."

- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >