Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelancong dijel kerana pukul polis dan didenda bagi dua kesalahan lain

Jan 21, 2016 | 03:29 PM



SEORANG lelaki warga Britain yang mengayunkan tangannya dan memukul seorang pegawai polis di kawasan mata kirinya dipenjara lima minggu pada Khamis (21 Jan).


Phillip Hall, 39 tahun, yang mabuk, juga didenda sejumlah $1,400 kerana menolak seorang pemandu di dada dan merosakkan bangku kayu di ruang tahanan lokap polis Oktober lalu.


Hall, yang berada di sini di bawah pas lawatan sosial, mengaku bersalah mencederakan Konstabel Khas Koperal Muhammad Mahathir Khamis dalam kereta polis; menolak Encik Choo Led Sin, 45 tahun, di dada; dan melakukan kerosakan.


Tiga pertuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) James Chew berkata Encik Choo sedang memandu keretanya dengan perlahan di Tanjong Pagar Road pada 10.20 malam pada 20 Oktober kerana kenderaan lain berhenti di hadapan beliau apabila Hall menendang bahagian depan keretanya ketika melintas jalan.


Sebelum itu, Hall minum arak bersama kawannya tidak jauh dari situ.


Encik Choo keluar dari kereta dan menjerit pada Hall, yang mendekati beliau secara agresif dan menolaknya sekali di dada.


Hall terus berkelakuan agresif terhadap Encik Choo sehingga pejalan kaki lain campur tangan dan menghalangnya. Polis dipanggil dan Hall ditangkap dengan pergelangan tangannya digari di depan.


Semasa dipandu ke Divisyen Polis Central di dalam kereta, dia meminta agar gari itu dibuka tetapi permintaannya ditolak.


Hall menjadi agresif dan meronta. Dia kemudian mengayunkan tangannya ke arah muka SC Koperal Mahathir, mengena dekat mata kirinya.


Di balai polis, dia memecahkan papan sandar bangku kayu hingga berlubang, menyebabkan kerosakan berjumlah $96.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >