Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Pelancong SG kini boleh cuti di seluruh Batam dan Bintan

Tidak lagi terhad di Nongsa Batam dan Lagoi Bintan melalui skim gelembung perjalanan
Mar 19, 2022 | 05:30 AM



PELANCONG Singapura yang memasuki kota Batam serta Kepulauan Riau kini boleh bercuti di seluruh kawasan Batam dan Bintan, tidak lagi terhad di Nongsa Batam dan Lagoi Bintan melalui skim gelembung perjalanan.



Malah para pelancong juga boleh ke semua daerah di seluruh Indonesia seperti yang termaktub dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Covid-19 Pusat Indonesia.



Pegawai Perwakilan Pejabat Pelancongan Indonesia di Singapura dari Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, Encik Sulaiman Shehdek, memberitahu Berita Harian berdasarkan surat pekeliling itu, pelancong kita tidak lagi tertakluk di bawah gelembung perjalanan.



"Kini pelancong boleh bercuti ke tempat-tempat lain di Pulau Batam dan Pulau Bintan.



"Mereka juga boleh ke Jakarta atau ke pulau Jawa yang lain atau ke mana-mana sahaja daerah Indonesia," kata Encik Sulaiman.



Sebelum ini, di bawah aturan yang dipersetujui antara pemerintah Singapura dengan Indonesia, para pelawat Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) hanya dibenarkan meneroka sekitar kawasan Bintan Resorts yang telah diperuntukkan sebagai zon hijau bebas Covid-19.



Pelancong ke Batam pula hanya boleh melawat di kawasan gelembung perjalanan yang ditetapkan hanya di kawasan Nongsa Sensation dan tidak boleh keluar ke kawasan lain.



Pada 24 Februari lalu, Indonesia melaksanakan gelembung perjalanan untuk pelancong dari Singapura.



Melalui skim itu, warga Singapura hanya dibenarkan memasuki kawasan Nongsa Batam dan Lagoi Bintan.



Skim gelembung perjalanan dianggap kurang menarik kepada pelancong kerana ia menyekat perjalanan mereka, kata Encik Sulaiman.



Kini terdapat kelonggaran sempadan bukan sahaja di Batam dan Bintan, malah di beberapa kawasan lain di Kepulauan Riau seperti Karimun, Lingga, Natuna dan Anambas.



Namun menurut Encik Sulaiman untuk keluar dari daerah gelembung perjalanan itu hanya boleh dilakukan setelah tiga hari berada di kawasan yang ditetapkan.



Pelancong perlu melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) untuk keluar ke daerah lain di Indonesia.



Mereka juga perlu pulang semula ke kawasan gelembung perjalanan yang ditetapkan seperti di Batam atau Nongsa dalam tempoh 14 hari sebelum pulang ke Singapura iaitu di Terminal Feri Antarabangsa Nongsapura di Batam dan Terminal Feri Bandar Bintan Telani di Bintan.



Encik Sulaiman berkata kini ramai warga Singapura memanfaatkan skim itu.



Isnin lalu, seramai 35 warga Singapura bermain golf di Batam.



"Walaupun harga tiket feri naik daripada $80 kepada $96 disebabkan kenaikan harga minyak, tapi tempahan ke Batam dan Bintan hampir penuh setiap minggu,'' ujar Encik Sulaiman lagi.



Sebagai permulaan, sehingga 350 pelawat dari Batam dan lagi 350 pelawat dari Bintan dibenarkan membuat perjalanan setiap minggu di bawah VTL laut melalui Terminal Feri Tanah Merah Singapura.



Pelawat juga masih harus sudah lengkap divaksinasi dan perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum berlepas dari Batam atau Bintan, dan ujian sebaik tiba di Singapura.



Mereka juga perlu menjalani ujian Covid-19 semasa berada di Batam atau di Bintan.




"Walaupun harga tiket feri naik daripada $80 kepada $96 disebabkan kenaikan harga minyak, tapi tempahan ke Batam dan Bintan hampir penuh setiap minggu...

Kini pelancong boleh bercuti ke tempat-tempat lain di Pulau Batam dan Pulau Bintan. Mereka juga boleh ke Jakarta atau ke pulau Jawa yang lain atau ke mana-mana sahaja daerah Indonesia."

- Pegawai Perwakilan Pejabat Pelancongan Indonesia di Singapura dari Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, Encik Sulaiman Shehdek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >