Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelancong S'pura yang berkurangan ke Batam jejas teruk niaga feri dan hotel

Mar 08, 2020 | 05:30 AM



BILANGAN pelancong Singapura yang berkurangan ke Batam telah menjejas teruk perniagaan feri dan hotel sehingga ada yang mencatat kemerosotan penjualan sehingga 50 peratus.



Malah, para peniaga di HarbourFront di Singapura turut terkena 'tempiasnya' berdasarkan tinjauan Berita Minggu (BM) semalam.



Pengarah syarikat hartanah Indonesia PT Nusatama Properta, Encik Patrick Aritonang, yang memiliki hotel lima bintang Best Western Premier Panbil di Batam, berkongsi bahawa tempahan bagi hotelnya merosot lebih 50 peratus sejak Januari.



"Ramai membatalkan pemesanan mereka dari Januari hingga Jun," katanya sewaktu ditemui di Singapura semalam.



Beliau menambah bahawa kesan wabak virus itu terhadap hotel-hotel di Batam bertambah teruk setelah Singapura meningkatkan Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) kepada kod jingga pada 7 Februari lalu.



"Kami tidak menjangkakan kesan wabak itu berlaku begitu pantas sekali.



"Kami menjangkakan kelemahan perniagaan ini akan berterusan pada jangka yang lebih lama mungkin selepas Jun," ujarnya.



Pemilik syarikat Horizon Fast Ferry, Encik Jimmy Ho, menyatakan syarikat itu terpaksa mengurangkan jumlah perjalanan feri dari Singapura ke Batam akibat kemerosotan besar pelancong dari Singapura.



"Sebelum ini, kami mempunyai 14 perjalanan feri sehari tetapi terpaksa diturunkan kepada 10. Permintaan pelanggan merosot sebanyak 40 peratus,'' kata Encik Ho, ketika dihubungi semalam.



Syarikat-syarikat itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan usaha pencegahan.



Horizon Fast Ferry, misalnya, membersihkan tempat duduk bagi menghapuskan kuman di feri itu setelah ia digunakan.



Sekitar 15 orang di Batam telah dikuarantin sejauh ini kerana berhubungan dengan tiga pelawat dari Singapura yang disahkan menghidap Covid-19.



Ini setelah Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengumumkan Ahad lalu bahawa tiga orang - dua Penduduk Tetap (PR) Singapura dan seorang warga Myanmar - diuji positif selepas melawat Batam dari 21 hingga 23 Februari.



Dalam pada itu, para peniaga di HarbourFront turut terjejas teruk kerana bilangan pelawat yang berkurangan ke sana.



Encik Ali Muhammad, 62 tahun, seorang peniaga gerai makanan Melayu di kedai kopi Tuckshop yang terletak berdekatan kaunter pembelian tiket feri di aras tiga HarbourFront, berkata:



"Selalunya kedai kopi ini memang penuh dengan pelanggan pada waktu pagi sampai tak ada tempat duduk.



"Sekarang pelanggan sudah kurang, keuntungan saya turut merosot sebanyak 60 peratus dan kami sudah mulai hutang sewa kepada pemilik kedai.''



Encik Ali berkongsi bahawa jumlah pelanggan telah berkurangan sejak akhir cuti Tahun Baru Cina dan beliau memerhatikan bahawa jumlah pelancong, yang sering memenuhi kaunter tiket feri tidak seramai dahulu.



"Sekarang sunyi dik, terlalu sunyi," tambahnya.



Penularan virus itu, bagaimanapun, tidak mematahkan semangat pasangan Encik Mas Suryadi, 42 tahun, dan isterinya, Cik Ina Nasir, 35 tahun, mahu bercuti di Batam bersama dua anak mereka.



"Kami telah merancang cuti ini dua bulan lalu, dan walaupun keadaan semasa amat membimbangkan, hidup tetap berterusan seperti biasa," kata Encik Suryadi.



Pasangan itu yang bercuti bersama teman-teman pasukan bola sepak mereka berkongsi bahawa mereka telah bersiap sedia langkah berjaga-berjaga bagi menjaga kesihatan mereka.



"Kami membawa pelitup dan sanitasi tangan untuk menjaga kebersihan serta anak-anak kami dan jika kami rasa kurang sihat, kami akan mengurangkan pergerakan dan berehat di hotel," ujarnya.



Semalam, beliau bersama pasukan bola sepaknya bernama Pink Rabbit FC, yang dianggotai 15 orang telah bertanding dengan satu pasukan di Batam dalam satu perlawanan anjuran pasukan mereka sendiri.




"Sebelum ini, kami mempunyai 14 perjalanan feri sehari tetapi terpaksa diturunkan kepada 10. Permintaan pelanggan merosot sebanyak 40 peratus."
- Encik Jimmy Ho, pemilik syarikat Horizon Fast Ferry.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >