Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan bank tidak perlu bayar dalam kes tipu libat OTP: Lawrence Wong

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



PELANGGAN bank yang terjejas dengan kes penipuan melibatkan lencongan kata laluan sekali (OTP) menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak perlu menanggung bayaran tidak sah yang dilakukan menerusi skim tersebut.



Ini selagi mereka telah mengambil langkah untuk melindungi kad dan maklumat daftar masuk mereka, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong di Parlimen semalam.



Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen mengenai kes penggodam di luar negara yang melencongkan dan menggunakan OTP SMS untuk membuat transaksi kad kredit tidak sah antara September dengan Disember tahun lalu.



Seramai 75 pelanggan di Singapura telah terjejas.



"Bank telah mendekati semua pelanggan terjejas untuk meniadakan transaksi tidak sah itu, yang melibatkan jumlah sekitar $500,000," kata Encik Wong, yang juga Timbalan Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Semalam, Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) bertanya adakah satu semakan akan dilakukan untuk menyiasat jika terdapat pelanggan yang terjejas sebelum September 2020.



Encik Wong berkata tiada kes lencongan OTP SMS di Singapura yang disahkan sebelum September 2020.



Namun, bank sedang menyemak semua kes pertikaian kad yang dilaporkan dari September 2020 untuk mengenal pasti urus niaga lain menerusi lencongan OTP SMS.



Bank juga akan menyiasat laporan baru oleh pelanggan mengenai transaksi sedemikian sebelum September 2020.



Di bawah skim sedemikian, penggodam melencongkan OTP SMS dari bank kepada sistem rangkaian mudah alih luar negara, kata Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), MAS dan Pasukan Polis Singapura (SPF) sebelum ini.



Mereka berkata kaedah itu memerlukan kepakaran canggih untuk menjejas sistem rangkaian telekomunikasi luar negara.



Semalam, Encik Wong berkata sedang sistem bank di Singapura selamat dan bukan punca kejadian itu, bank telah meningkatkan langkah pemantauan penipuan mereka.



Ini termasuk menolak bayaran kepada peniaga yang dikaitkan kepada transaksi tidak sah.



IMDA dengan rundingan Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) juga telah memerlukan pengendali telko untuk memasang perlindungan firewall khas dan sistem perlindungan lain untuk memantau dan menyekat lencongan SMS yang meragukan.



Pelanggan juga perlu mengambil langkah untuk melindungi diri mereka, kata Encik Wong.



Pertama, pelanggan mesti sedar bahawa penjenayah akan cuba mendapatkan maklumat untuk log masuk perbankan dalam talian mereka.



Penjenayah berbuat demikian dengan menipu pelanggan untuk memasang sofwe hasad (malware) dalam peralatan mereka, atau mendapatkan pelanggan untuk memberi nama pengguna dan kata laluan menerusi panggilan telefon atau laman yang palsu.



Pengguna juga perlu berwaspada terhadap laman, panggilan telefon yang tidak diminta, mesej serta e-mel.



Apabila membuat pembelian dalam talian, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang bereputasi.



Selain itu, pengguna perlu menetapkan pemberitahuan transaksi bagi jumlah yang rendah agar transaksi tidak sah boleh dikesan awal.



Lebih awal laporan dilakukan, terdapat kemungkinan lebih tinggi bagi wang itu diperoleh kembali.



"Jika pelanggan bank mengalami kerugian kewangan disebabkan transaksi penipuan, mereka dilindungi selagi mereka telah bertindak dengan bertanggungjawab.



"Bank dijangka mempertimbangkan adakah pelanggan telah mengambil langkah munasabah untuk mencegah transaksi tidak sah.



"Pelanggan bank tidak akan menanggung kerugian jika bank tidak mematuhi peraturan MAS," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >