Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan COURTS boleh alami sendiri 'rumah bijak' di Funan Mall

Jun 29, 2019 | 05:30 AM



COURTS di pusat beli-belah Funan Mall yang baru dibangun semula akan memberi pengalaman pelbagai media yang menyeluruh.



Ia akan menawarkan pelbagai barangan dan aksesori IT dan elektrikal yang bijak, selaras dengan tema gedung COURTS Funan, 'Your IoT Home Away From Home'.



Hampir 80 peratus barangan di gedung baru ini merupakan produk yang sesuai bagi rumah bijak atau 'mesra IoT' (Internet of Things).



Pelanggan boleh mencuba sendiri pelbagai telefon bijak Pixel dan pembesar suara bijak oleh Google Assistant, termasuk Google Home dan Google Home Mini di 'zon alami Google' di COURTS Funan, yang pertama di Asia Tenggara.



Terdapat juga konsep pengalaman rumah bijak terbesar Samsung di mana pelanggan boleh merasakan sendiri bagaimana sebuah rumah serba bijak dapat membantu kehidupan seharian mereka di COURTS Funan yang terletak di tingkat tiga Funan Mall.



Dari pintu rumah yang dikunci secara digital, ke mesin cuci baju dan lampu rumah yang boleh dikawal menerusi telefon bijak, pelanggan dapat merasakan bagaimana rumah bijak idaman mereka akan menjadi satu kenyataan.



Syarikat tempatan, GT Robot Technology akan mengenalkan WoBo- GT Wonder Boy Series, robot pendamping pertama anak anda.



Ia boleh bertutur dalam 13 bahasa, termasuk Inggeris, Indonesia dan Cina, dan ia mampu mendidik serta menghiburkan anak anda.



Ia juga boleh digunakan sebagai telefon biasa, anda hanya perlu masukkan kad SIM ke dalamnya.



Orang ramai boleh dapatkan WoBo pada harga $1,288, terhad kepada 50 pembeli pertama di pelancaran COURTS. Harga biasa adalah $2,288.



Robot penolong penjual juga akan membuat kemunculan buat seketika waktu.



Dikenali sebagai GT Assiststar, ia akan meronda COURTS Funan untuk membantu pelanggan dengan soalan dan arah.



Sementara itu, lima pelanggan bertuah akan memenangi sebuah WoBo dalam cabutan bertuah dengan setiap $100 yang dibelanjakan pelanggan.



Bagi ahli HomeClub, peluang untuk menang adalah dua kali lebih tinggi.



"Untuk membantu pelanggan membiasakan diri dengan IoT ke dalam rumah dah kehidupan mereka, COURTS Funan menawarkan konsep demonstrasi interaktif yang menyeronokkan - tidak kisahlah sama ada mereka pakar rumah bijak ataupun berdepan dengan teknologi seperti ini buat kali pertama," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) COURTS Singapore, Encik Ben Tan.



Sempena pembukaan COURTS Funan, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $999 akan mendapat kamera Fujifilm Instax Camera berharga $159, dan telefon bijak Google Pixel 3a berharga $659 dengan jumlah belanja sekurang-kurangnya $5,999, selagi stok masih ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >