Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan kecewa siaran EPL di StarHub masih bermasalah

Sep 04, 2023 | 03:44 PM



Tiga minggu selepas pembukaan Liga Perdana England (EPL) dicemari isu gangguan, beberapa pelanggan StarHub sekali lagi tidak dapat menonton siaran EPL pada Ahad, mendorong mereka untuk menyuarakan aduan mereka melalui media sosial.

Lebih 200 komen dimuat naik di laman Facebook syarikat telekomunikasi setempat itu, dengan pengguna melaporkan mereka tidak boleh log masuk aplikasi StarHub, atau ia tidak sedia ada buat sementara akibat peningkatan sistem. Ini menjejas siaran perlawanan Liverpool-Aston Villa serta Grand Prix Italy Formula Satu – kededua acara bermula pada 9 malam itu.

Dalam satu komen di laman Facebook StarHub, Encik Christopher Quanli, berkata: “Tidak boleh log masuk. StarHub tidak boleh memenuhi jangkaan sekali lagi!”

Seorang lagi pengguna, Encik Patrick Ang berkata: “Perkhidmatan yang benar-benar tidak masuk akal. Kali kedua dalam dua bulan.”

Dalam satu kenyataan media, StarHub berkata: “Kami sedar ada beberapa pelanggan mungkin mengalami kesukaran memasuki perkhidmatan TV+ kami. Kami telah menawarkan mereka sokongan dan mereka telah dapat menikmati perlawanan Liga Perdana secara langsung.”

Sejumlah pelanggan StarHub juga terjejas dengan isu gangguan pada hujung minggu pembukaan liga pada 13 Ogos dengan paparan mesej gangguan “Gateway 504” apabila cuba masuk akaun mereka.

Ada tidak dapat menonton sebahagian daripada perlawanan Arsenal-Nottingham Forest di alat peranti dan kotak set-top mereka, sementara yang lain tidak dapat menonton keseluruhan perlawanan yang bermula pada 8 malam selepas kelewatan setengah jam di Stadium Emirates.


Terdapat juga isu pada musim lalu apabila pelanggan mengadu tentang siaran yang tergendala, mutu dan audio gambar yang rendah dan isu-isu log masuk pada permulaan EPL, manakala beberapa peminat tidak dapat menyaksikan perlawanan selama 25 minit pada hari terakhir EPL dan ada perlawanan salah dipaparkan di televisyen.

Pada Februari 2022, StarHub mengumumkan ia akan menjadi penyiar rasmi EPL di Singapura untuk enam tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >