Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NIAGA DI TENGAH-TENGAH COVID-19

Pelanggan kembali, perniagaan pegerai tambah baik

Mar 11, 2020 | 05:30 AM



SEJAK penularan Covid-19 bermula pada akhir Januari lalu, pendapatan ramai penjaja di seluruh pulau terjejas.



Tetapi kebelakangan ini, ramai pelanggan dilihat mengisi ruang-ruang di pusat penjaja serata Singapura untuk menjamu selera di gerai mereka sejak hujung minggu lalu.



Antara yang kelihatan ramai pelanggan termasuk di pusat penjaja Adam Road dan Our Tampines Hub.



Encik Sumadi Sapari, pemilik gerai Warong Sapari di Pusat Makan Adam Road, ketika ditemui Berita Harian (BH) mendedahkan bahawa pendapatannya telah merosot sebanyak 30 peratus sejak koronavirus melanda Singapura akhir Januari.



Menurut beliau, pada hari-hari lazim sebelum ini, beliau biasanya memerlukan sekitar 20 kilogram mi untuk memenuhi permintaan pelanggan, tetapi jumlahnya berkurangan sehingga 12 kilogram sekarang untuk menyediakan sajian seperti mi soto dan mi rebus.



Walaupun terdapat kemerosotan yang banyak dalam perniagaannya, pemilik gerai itu berkata sejak dua minggu lalu beliau mula melihat lebih ramai keluarga keluar untuk makan di pusat makan itu.



"Pemandu teksi atau penghantar barangan tetap datang ke gerai saya tetapi kebelakangan ini ada beberapa keluarga yang datang untuk makan.



"Saya rasa pelanggan saya akan perlahan-lahan kembali dan perniagaan akan lebih baik dalam masa akan datang," kata Encik Sumadi.



Untuk mendapatkan kepercayaan pelanggannya, beliau berkata mereka telah mengambil langkah-langkah pencegahan untuk memastikan kebersihan gerainya seperti membeli sabun antibakteria untuk mencuci gerainya dan sabun tangan antibakteria untuk digunakan oleh pekerja di gerai itu.



Pemilik gerai nasi campur di pusat penjaja Our Tampines Hub, Cik Mariyah Gumbrek, juga berhadapan dengan cabaran yang sama.



"Memang teruk sangat perniagaan saya apabila berita kes penularan koronavirus dikeluarkan pada peringkat awal.



"Pusat penjaja ini begitu lengang," kata wanita berusia 58 tahun itu.



Pendapatannya terjejas selama lebih sebulan, namun sejak beberapa hari lalu beliau akui melihat peningkatan dalam pelanggannya.



"Alhamdulillah, sekarang situasi virus ini sedang ditangani dan ramai orang sudah mula yakin untuk keluar rumah.



"Walaupun jumlah pelanggan saya tak sama sebelum Covid-19, saya tetap bersyukur kerana masih ada pelanggan seperti pekerja di pejabat berdekatan yang datang untuk makanan tengah hari," kata Cik Mariyah.



Pada hari-hari biasa sebelum penularan koronavirus, beliau berkata beliau mempunyai sekitar 130 pelanggan setiap hari.



Selain menjaga kebersihan, ada peniaga juga yang mengambil langkah tambahan seperti menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan demi bertahan dari segi pendapatan sepanjang wabak melanda.



Antara yang dihubungi BH ialah Encik Syazwan Maktar.



Menurut pemilik bersama gerai makanan Kinamaya dan juga Markozar di Teck Whye dan Yishun, cabaran perniagaan yang merosot ini telah dijangka dan beliau terpaksa memikirkan cara yang lain untuk membawa makanan kepada pelanggannya.



"Sejak kami menawarkan perkhidmatan penghantaran ini, kami telah mendapat respon yang baik.



"Selalunya pesanan dibuat secara pukal untuk kumpulan pelanggan yang besar.



"Jadi walaupun kami tidak mempunyai pelanggan yang mengunjungi gerai kami, kami masih dapat bertahan mengekalkan perniagaan ini," kata peniaga berumur 28 tahun itu.



Encik Syazwan menambah beliau tawakal dengan situasi yang dihadapi tetapi akan terus mencari cara baru dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pelanggannya.



Dengan langkah-langkah tambahan ini, beliau berharap para pelanggannya dapat terus menikmati sajian yang disediakan biarpun mereka memilih untuk menetap di rumah, sama ada bekerja dari rumah atau menghabiskan masa bersama keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >