Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan kembali, tapi ada masih keliru

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai kembali makan di luar setelah sekatan Covid-19 dilonggarkan, tetapi ada beberapa kegenjotan yang dilaporkan dengan beberapa pelanggan masih keliru dengan peraturan berkenaan status vaksinasi.



Ini menurut tinjauan Berita Harian ke atas beberapa tempat makan di sini yang melaporkan pelanggan kembali pada hujung minggu lalu - yang pertama sejak peraturan dilonggarkan pada 10 Ogos lalu.



Sehingga lima orang boleh duduk makan semeja di luar jika setiap anggota melengkapi aturan vaksinasi Covid-19. Mereka yang dapatkan hasil ujian Covid-19 negatif atau sudah sembuh dari jangkitan virus itu serta kanak-kanak bawah 12 tahun dari isi rumah sama juga boleh menyertai kumpulan tersebut. Jurucakap kafe Tash Tish Tosh, Encik Azri Ariffin, berkata mereka masih lagi terima maklum balas dari pelanggan mengenai kekeliruan ini.



"Ada yang datang dengan seorang yang belum divaksinasi penuh atau status vaksinasi lengkap belum tertera di aplikasi TraceTogether atau HealthHub. Jadi kami terpaksa menolak mereka dari menjamu di restoran kami," katanya.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >