Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan mula 'bersihkan meja' selepas jamu selera

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



PELANGGAN pusat penjaja rata-rata lebih berwaspada dan patuh terhadap peraturan membersihkan pinggan-mangkuk, dulang serta sisa makanan selepas menjamu selera dengan langkah penguatkuasaan peraturan itu mula berlangsung semalam.



Tinjauan Berita Harian (BH) di pusat penjaja Haig Road mendapati kebanyakan pelanggan kelihatan mematuhi peraturan itu dengan membersihkan meja mereka sendiri selepas makan dan memulangkan pinggan, cawan dan dulang mereka di tempat letaknya masing-masing.



Hanya terdapat segelintir pelanggan yang terlupa atau masih menyesuaikan diri dengan peraturan itu - terutamanya golongan warga emas, kata beberapa penjaja ketika ditemui.



Encik Azman Repin, seorang jurutera berusia 45 tahun, yang telah bermastautin di Amerika Syarikat sejak 2015 dan kini sedang bercuti berkata:



"Ini satu langkah yang baik kerana saya perhatikan orang lebih didorong membersihkan meja mereka sendiri dan meja cepat bersih dan keadaan lebih teratur untuk pelanggan lain mendapatkan meja untuk makan."



Encik Afiq Rahman, seorang pekerja logistik berusia 28 tahun pula berkata, dengan meja lebih cepat bersih, para penjaja akan dapat lebih banyak perniagaan.



"Lagi-lagi sewaktu Covid ini. Bilangan tempat duduk agak terhad kerana langkah jarak selamat masih berkuatkuasa. Jadi dengan orang ramai diingatkan untuk bersihkan meja sendiri, lebih mudah untuk orang lain dapat tempat duduk."



Para penjaja pula memberitahu BH bahawa rata-rata kebanyakan pelanggan sudah membiasakan diri dengan langkah berkenaan.



Encik Muhammad Noorham Noordin, pemilik gerai TakdeNama di pusat penjaja Pasar Geylang Serai berkata beliau memerhatikan terdapat beberapa pelanggan yang terlupa membersihkan meja mereka lalu diberi peringatan oleh pegawai sekitaran yang mengawasi pusat penjaja itu.



"Terdapat beberapa pegawai yang meronda di sini sejak pagi dan dengan adanya pegawai itu pelanggan ingat terhadap apa yang mereka perlu lakukan," katanya ketika dihubungi semalam.



"Ada yang sudah jalan tapi kembali ke meja mereka untuk bersihkan meja mereka balik."



Mulai semalam, pelanggan yang telah diberi peringatan terhadap peraturan berkenaan namun masih tidak mematuhinya selepas penguatkuasaan bermula akan diminta memberi butiran identiti mereka kepada pegawai penguatkuasaan dan diberi amaran.



Mereka yang masih tidak mematuhi peraturan itu pula boleh dikenakan denda.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan di Facebook kelmarin berkata, langkah penguatkuasaan tidak akan diambil kepada warga emas dan kanak-kanak kecil yang tidak berupaya membersihkan meja mereka sendiri.



Namun, pihak itu menjelaskan bahawa penjaga golongan tersebut yang menemani mereka ketika menjamu selera pula digesa untuk membersihkan meja untuk mereka.



Bagi kedai kopi dan dewan makanan pula, NEA dan Agensi Makanan Singapura (SFA) mengumumkan kelmarin penguatkuasaan peraturan tersebut di tempat-tempat itu pula telah ditunda ke Januari tahun depan.



Tempoh makluman bagi orang ramai menyesuaikan diri terhadap peraturan itu di tempat makan tersebut akan berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember.



Menyusuli itu, pemilik gerai beraneka hidangan Hajjah Sumiati yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Sabrina berkata, terdapat sebilangan orang yang masih perlu menyesuaikan diri dengan langkah ini.



"Saya harap lebih banyak tempat letak pinggan-mangkuk disediakan sebab kadang-kadang pelanggan malas nak jalan pergi ke tempat letak dulang di hujung pusat makanan ini dan mengembalikannya di tong kami sendiri.



"Pekerja pembersihan pun kadang-kadang keluar dari tempat mereka dan kelihatan membantu pelanggan yang terlupa memulangkan pinggan-mangkuk mereka dan itu menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan lain. Mereka fikir masih ada pekerja pembersihan yang akan bersihkan meja mereka kalau itu berlaku."



Cik Zarah Mohamed Kassim, seorang pelanggan di situ yang bertugas sebagai pembantu dapur berusia 55 tahun pula berkata: "Tabiat seperti demikian adalah sam dengan tabiat kita amalkan di rumah. Dah habis makan, bersihkan pinggan dan lap meja sendiri.



"Mungkin ada yang menghadapi cabaran mematuhi langkah ini kerana tidak berupaya bergerak dengan mudah atau sudah lanjut usia.



"Jadi jika kami perhatikan ini, kami tawarkan bantuan kami kepada mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >