Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN: Perniagaan dari rumah kembali sibuk...

Pelanggan mula buat tempahan tetapi masih berhemah berbelanja

Suasana Ramadan tahun ini lebih bersemangat dengan banyak sekatan ekoran pandemik Covid-19 sudah dilonggarkan. Namun perniagaan dari rumah melaporkan sentimen permintaan yang bercampur dengan masih ramai pelanggan yang berhati-hati dalam berbelanja untuk kuih-muih kerana episod wabak yang belum berakhir manakala ada peniaga menerima sambutan rancak hingga melebihi permintaan tahun lalu. BERITA HARIAN melaporkan.
Apr 14, 2021 | 05:30 AM



SEMENTARA Ramadan tahun ini kelihatan lebih ceria dengan pandemik Covid-19 lebih terkawal, peniaga dari rumah, Cik Nurazlina Ghazali, perhatikan pelanggan tetap berhati-hati membuat tempahan kerana masih ada ketidaktentuan.



Berbanding tahun lalu, tempahannya merosot 25 peratus tahun ini.



Ini kerana walaupun Covid-19 memuncak tahun lalu namun ramai pelanggan ghairah membuat tempahan kuih lebih awal sebelum tempoh pemutus litar dan keadaan wabak menjadi lebih teruk, kata pemilik Simply Nuha itu.



Bagaimanapun ada juga perniagaan dari rumah (HBB) yang ditinjau mengatakan penjualan mereka menunjukkan pemulihan tahun ini, dengan lonjakan penjualan sehingga empat kali ganda.



Menjelaskan lebih lanjut, Cik Nurazlina berkata sambutan tahun ini kurang rancak berbanding tahun lalu, mahupun tahun-tahun sebelumnya.



"Secara umumnya, saya perhatikan trend berdasarkan pangkalan pelanggan kami sendiri, mereka tidak 'agresif' dan rancak membuat tempahan seperti sebelum pandemik.



"Tahun lalu, disebabkan tempahan diterima beberapa bulan sebelum pandemik maka tidak begitu terasa kesannya mahupun semasa episod apabila HBB terpaksa berhenti mengambil tempahan pada satu masa sebelum dibenarkan semula.



"Tahun ini, walaupun kami tetap mempunyai sokongan dan permintaan daripada pelanggan tetap, namun perbelanjaan mereka tidak seperti dahulu.



"Kami dapat merasakan pelanggan lebih berwaspada dalam berbelanja, mungkin kerana faktor seperti kewangan dan orang ramai menyambut Hari Raya secara lebih sederhana sekarang," ujarnya yang sudah berniaga dari rumah lebih lapan tahun.



Bagi Cik Ferlysha Adelynna Muhammad Daniel Thornton, pemilik jenama Sugarykneads, penjualan sejauh ini tidak banyak berbeza daripada tahun lalu.



Namun beliau menjangkakan sedikit peningkatan daripada tahun lalu, apabila tempahannya ditutup nanti.



"Pada tahun lalu, ramai menempah sebelum pandemik jadi penjualan tahun ini berbanding tahun lalu, tidak begitu banyak berbeza.



"Jangkaan kami apabila tempahan ditutup pada akhir April ialah akan ada kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus sebab tahun ini orang ramai dapat keluar beraya berbanding tahun lalu," tambah peniaga itu.



Dalam pada itu, bagi beberapa peniaga, penjualan mereka sudah mencatatkan prestasi lebih menggalakkan.



Antaranya ialah Cef Haikel Ismail, pemilik Unicodelices by chefhaikel.



Beliau sudah menyaksikan tempahannya melonjak empat kali ganda berbanding tahun lalu ekoran permintaan meningkat, khususnya daripada pelanggan tetap.



"Bahkan pada Januari sahaja, kami sudah menerima pertanyaan tentang Raya, dan ini agak mengejutkan kerana agak awal.



"Ramai pelanggan lebih cenderung membeli produk HBB kerana banyak bazar tiada tahun ini," terang beliau yang menutup tempahan lebih awal tahun ini.



Pemilik perniagaan Oh Delicieux, Cik Aishah Mahdi, melihat peningkatan sekitar 50 peratus dalam penjualan manisan Hari Raya seperti kek tapak kuda dan biskut tart Nutella berbanding tahun lalu.



Beliau telah membuka tempahan pada minggu pertama bulan lalu untuk pelanggan tetap dan pada minggu kedua Mac untuk orang awam.



"Saya rasa kali ini terdapat peningkatan kerana tahun lalu saya hanya membuka tempahan kepada pelanggan tetap dan hanya segelintir pelanggan baru disebabkan pemutus rantaian jangkitan (CB).



"Tahun ini saya dapat membuka tempahan kepada lebih ramai orang, tetapi saya tetap tidak menerima terlalu banyak kerana HBB tidak dibenarkan mengambil pesanan besar," katanya yang menutup tempahan hujung bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >