Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan perlu kembalikan dulang dan bersihkan meja selepas makan mulai 1 Jun

May 15, 2021 | 05:30 AM



PELANGGAN di tempat makanan awam perlu mengembalikan dulang dan membuang sisa makanan atau sampah di meja selepas selesai makan bermula 1 Jun ini, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam.



Meninggalkan sampah atas meja seperti tisu, tin air kosong, sisa makanan, 'straw' atau apapun yang tertinggal atas meja atau terjatuh ke lantai akan dianggap sebagai kesalahan.



NEA telah menetapkan tempoh tiga bulan antara 1 Jun hingga 31 Ogos sebagai tempoh peralihan dan tidak akan mengambil tindakan ke atas warga yang tidak mengembalikan dulang atau membuang sampah dari meja.



Dalam tempoh ini, warga hanya akan dinasihatkan supaya mematuhi peraturan tersebut.



Namun, dari 1 September, penguatkuasaan akan dimulakan di semua pusat penjaja.



Pegawai penguatkuasaan akan tetap menasihati pengunjung supaya membersihkan dulang, peralatan makanan dan sampah mereka terlebih dahulu. Namun jika pengunjung masih tidak turut, tindakan akan diambil.



Pesalah kali pertama akan diberi amaran bertulis. Pesalah kali kedua, mereka pula dikenakan saman kompaun $300.



Selepas itu, pesalah berulang boleh dikenakan saman lebih tinggi, sehingga $2,000 jika didapati bersalah di mahkamah.



Untuk mengingatkan pelanggan tentang peraturan baru ini, poster dan sepanduk akan ditampal dan gantung di pusat penjaja itu.



Tindakan penguatkuasaan juga akan dilakukan di tempat makan awam lain, seperti kedai kopi, secara bertahap pada suku akhir 2021.



Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kesihatan Awam) dan Ketua Pengarah Kesihatan Awam NEA Encik Chew Ming Fai, beliau berkata: "Penguatkuasaan ini adalah pendekatan tambahan kepada kempen-kempen untuk pendidikan bagi penduduk Singapura sejak 2013.



"Pandemik Covid-19 telah menekankan keperluan untuk menjaga standard kebersihan yang lebih tinggi dengan langkah yang lebih kuat untuk meningkatkan standard kebersihan."



NEA akan menyediakan rak-rak tambahan bagi dulang yang dikembalikan pelanggan di pusat penjaja. Kini terdapat 900 rak yang ada di 111 pusat penjaja di Singapura.



"Kami minta kerjasama semua pelanggan untuk bertanggungjawab menjaga kebersihan serta kebersihan tempat makan awam di Singapura. Ini membantu kita beralih ke konsep layan diri yang lebih baik di mana pengunjung membersihkan peralatan makanan, sampah kotor, dan meninggalkan meja bersih untuk pelanggan seterusnya," kata NEA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >