Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan sedih namun akur dengan langkah keselamatan terkini

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



RANCANGAN untuk menjamu selera di luar bersama kakak-kakaknya semalam dibuat secara kebetulan dan ia akan menjadi kali terakhir adik beradik itu keluar makan bersama hingga sekatan peraturan dilonggarkan.



Cik Salmah Abdullah, 59 tahun, memang sudah mempunyai rancangan untuk keluar dan makan tengah hari bersama kakak-kakaknya.



"Kami pun tak sangka hari ini adalah hari terakhir untuk menjamu selera di luar hingga 18 Ogos.



"Kebetulan dan baik juga kami dapat berjumpa sekali lagi bersama," ujar adik bongsu itu, ketika ditemui ke pusat makanan di pusat beli-belah NorthPoint semalam.



Kakak iparnya, Cik Jamilah Saidin, 68 tahun, berkata bahawa berita terkini itu akan menjejas rancangan mereka untuk keluar Sabtu ini.



"Kami memang suka keluar berjalan bersama. Sekian lama tidak dapat keluar, dan baru juga peraturan dilonggarkan untuk makan dalam lima sekumpulan, tetapi sekarang ditarik balik.



"Jika tidak, Sabtu ini memang mahu keluar berjalan dan kemudian makan bersama. Namun dengan sekatan baru ini, terpaksalah kami semua duduk di rumah," kongsi nenek 11 cucu itu.



Bermula hari ini, Singapura kembali kepada Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) bagi mengekang jumlah penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat.



Dari 22 Julai hingga 18 Ogos, antara lain, jumlah orang yang dibenarkan dalam perhimpunan sosial akan dikurangkan kepada dua orang, berbanding lima orang sekarang, umum Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 kelmarin.



Menjamu selera di premis makanan dan minuman (F&B) termasuk pusat penjaja dan pusat makanan juga dilarang.



Ini bermakna perniagaan makanan dan minuman (F&B) hanya boleh menawarkan khidmat penghantaran dan beli pulang.



Pasangan suami isteri Encik Zulkiflee Putra Jumalee, 29 tahun dan Cik Nur Atikah Jusaini, 27 tahun, yang kededuanya bekerja sebagai pegawai runcit juga ditemui di NorthPoint.



Memandangkan semalam adalah hari cuti mereka, mereka membuat keputusan untuk menjamu selera di luar dan membawa bayi mereka yang berusia sembilan bulan.



"Kami tidak rasa peraturan itu menjejas kami kerana sekurang-kurangnya dapat juga membuat tempahan makanan untuk dihantar ke rumah," kongsi Encik Zulkiflee Putra.



Menambah, Cik Nur Atiqah pula berkata minggu depan adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.



"Kami sudah membuat tempahan tetapi terpaksa membatalkannya selepas mendapat tahu menjamu selera di luar tidak dibenarkan. Saya rasa kami akan bungkus makanan dan meraikannya di rumah sahaja," kata Cik Nur Atiqah dengan tenang.



"Secara jujur kami rasa sedih juga dengan sekatan ini tetapi ini semua untuk keselamatan orang ramai," tambah Encik Zulkiflee Putra.



Bagi Encik Mustaffa Rahim, 69 tahun, beliau dan isterinya faham mengenai langkah yang diambil pemerintah.



"Mereka hanya ingin yang terbaik untuk rakyatnya.



"Kami amat bersyukur dengan keadaan di Singapura jika dibandingkan dengan negara lain. Senang cakap, keselamatan penduduk di Singapura ini terjamin," jelas datuk kepada 11 cucu itu dengan sentimen yang sangat positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >