Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan terkilan siaran langsung hari terakhir EPL di Starhub tergendala

May 29, 2023 | 08:20 PM



PENONTON Starhub TV+ yang ghairah menanti untuk menyaksikan perlawanan pada hari terakhir musim Liga Perdana England (EPL) pada Ahad, terpaksa menggigit jari setelah kegenjotan teknikal pada siaran menjejas kesemua 10 perlawanan itu.

Siaran langsung perlawanan-perlawanan itu, yang sepatutnya disiarkan pada 11.30 malam pada Ahad, terganggu sekitar 20 minit.

Data di laman DownDetector menunjukkan laporan gangguan mula dicatatkan pada 11.30 malam. Jumlah laporan tentang gangguan itu kemudian melonjak kepada 2,400 sekitar 11.37 malam.

Pengguna Starhub TV+, yang boleh menonton perlawanan menggunakan khidmat Over-the-top (OTT) Premier+ iaitu khidmat penstriman langsung, juga mendapati mereka tidak dapat mengakses aplikasi tersebut.

Difahamkan, saluran-saluran yang terjejas memaparkan siaran tergendala atau mesej ‘siaran terganggu’.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Starhub menyatakan bahawa ia mengalami kesukaran perkhidmatan sementara “yang berpunca daripada isu penghantaran satelit” bagi beberapa Saluran HubPremier dan berjaya menghuraikan kegenjotan 25 minit selepas perlawanan bermula.


Ia menambah ia telah mendapatkan sumber alternatif daripada EPL.

“Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan Premier+ kami,” tambahnya.

Menurut satu catatan Facebook, Starhub menyatakan perkhidmatan telah pulih sebelum 12 tengah malam.

Menerusi tinjauan yang dibuat BH di laman Facebook, pengguna Starhub menyatakan ketidakpuasan mereka kerana terlepas detik-detik penting dalam separuh masa pertama perlawanan.

Salah seorang pengguna, Encik Francis Toh, dalam catatan Facebook menyatakan bahawa beliau tidak dapat mengakses perlawanan-perlawanan akhir EPL sama sekali.

“Gol-gol sedang dijaringkan dan skrin saya tergantung untuk 20 minit.

“Bagi perlawanan Manchester United, ada gambar yang menunjukkan antara muka permainan, gambar tidak jelas, siaran terputus-putus... mesej masalah teknikal,” jelasnya.

Daripada petikan gambar seorang lagi pengguna, Encik Calvin Zhang, terdapat mesej yang menyatakan: “Disebabkan isu teknikal, kami (Starhub) tidak dapat menayangkan siaran langsung”.

Beberapa pengguna turut menuntut agar pihak Starhub memulangkan wang atau memberi pampasan bagi kesulitan yang dialami.

Salah seorang daripada mereka, Encik Gabriel Lim, berkata dalam catatan Facebook bahawa ada baiknya mereka “menilai sistem yang ada” dan memberi pampasan kepada pelanggan.

Sebuah petisyen, yang dimulakan oleh Encik Alex Lim pula meminta supaya bayaran pampasan kepada pelanggan diberikan akibat kegenjotan sedemikian.

Sehingga artikel ini diterbit, hampir 30 tandatangan telah diterima.

StarHub memiliki hak untuk menyiarkan EPL di Singapura. Hak penyiaran sebelum ini dipegang pesaingnya, Singtel selama 12 tahun berturut-turut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >