Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelantikan CEC PAP baru kemajuan besar dalam pembaharuan politik: PM Lee

Nov 23, 2018 | 06:14 PM



PEMILIHAN Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP) baru-baru ini merupakan langkah utama dalam pembaharuan politik, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Dalam pos di laman Facebook PAP, sejurus selepas CEC mengumumkan senarai pemegang jawatannya, PM Lee berkata peralihan kepimpinan sentiasa menjadi perkara yang rumit dan halus.



"Para menteri muda sendiri mesti menentukan siapa yang akan memimpin mereka, seperti yang mereka lakukan dalam proses ini. Dengan cara ini, mereka akan memberi sokongan penuh kepada pemimpin yang mereka pilih sendiri," kata PM Lee, yang merupakan setiausaha agung parti itu.



Menteri Kewangan Heng Swee Keat, 57 tahun, telah dilantik sebagai penolong setiausaha agung PAP yang pertama, menjadikannya calon yang kemungkinan besar menjadi Perdana Menteri Singapura yang akan datang.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing dipilih sebagai penolong setiausaha agung kedua.



"Saya menyokong keputusan pasukan yang lebih muda dan saya gembira dengan keputusan ini. Saya mengenali dan telah bekerja dengan Swee Keat dan Chun Sing selama beberapa tahun sekarang, dan melihat mereka mekar dalam tanggungjawab yang dipikul. Mereka mempunyai kekuatan yang saling melengkapi dan merupakan pasangan yang kuat," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >