PELANTIKAN Hakim Chao Hick Tin, 73 tahun, sebagai Hakim Rayuan telah dilanjutkan oleh Presiden Tony Tan Keng Yam.
Sambungan itu berkuatkuasa dari April 11 hingga September 2017, umum Mahkamah Agung dalam satu kenyataan pada Selasa (5 April).
Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana pada 3 petang 11 April.
Hakim Chao mula dilantik sebagai hakim sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1987.
Beliau menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 1990, dan dilantik sebagai Hakim Rayuan pada 1999.
Sejak 2008, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Mahkamah Rayuan. Beliau juga Naib Presiden Akademi Undang-Undang Singapura (SAL), dan mempengerusikan Kelompok Pembangunan dan Perkhidmatan Korporat SAL.
Dengan pelantikan semula beliau, Mahkamah Agung akan terus mempunyai 14 hakim, termasuk Hakim Besar, 10 Pesuruhjaya Kehakiman, lima Hakim Kanan dan 12 Hakim Antarabangsa.